window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas?

Haris · May 25, 2022 03:00 PM

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 01

Mercedes-Benz Group telah mengesahkan untuk mengurangkan bilangan model dalam rangkaian kereta kompak peringkat pengenalan kumpulan itu, mengurangkan daripada 7 model semasa kepada 4 model sahaja.

Langkah itu adalah sebahagian daripada peralihan syarikat untuk beralih daripada mengejar jumlah jualan tinggi kepada mengutamakan jualan yang lebih rendah tetapi lebih menguntungkan melalui penawaran produk yang lebih baik.

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 02

Dalam erti kata lain, Mercedes-Benz mahu memberi lebih tumpuan kepada golongan T20 sebenar

“Apa yang sentiasa menjadi teras jenama kami kini turut menjadi teras strategi kami: segmen mewah. Kami memperhalusi fokus model perniagaan dan portfolio produk kami untuk memaksimumkan potensi Mercedes-Benz walaupun dalam keadaan yang mencabar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Disebalik semua itu ialah matlamat kami untuk membina kereta yang paling diingini di dunia,” ujar Ola Källenius, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Mercedes-Benz Group AG pada acara kemas kini strategi ‘Economic of Desire’ semalam.

Melangkah ke hadapan, 75 peratus daripada pelaburan Mercedes-Benz Group akan diperuntukkan untuk segmen kelas atasan.

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 01

Syarikat itu mensasarkan untuk meningkatkan bahagian jualan kenderaan Top-End sekitar 60 peratus menjelang 2026 berbanding 2019, dan untuk mencapai sasaran margin operasi kira-kira 14 peratus menjelang pertengahan dekad, dalam keadaan pasaran yang menggalakkan.

Tahun lepas, jualan model mercu S-Class meningkat sebanyak 40 peratus, manakala jualan model AMG (AMG sebenar, bukan AMG Line), MayBach, GLS dan model G-Class mencatat rekod baharu.

BacaSUV Sultan harga dari RM 1.8 juta, 2022 Mercedes-Maybach GLS 600 dilancarkan di Malaysia!

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 02

“Kebanyakan jenama mewah membina portfolio mereka berdasarkan satu atau dua ikon sebenar. Mercedes-Benz agak bertuah kerana mempunyai pelbagai produk dan jenama ikonik yang menjadi sebahagian daripada portfolionya – seperti S-Class, SL, G serta sub-jenama AMG dan Maybach.

'Kami melihat potensi besar di sini untuk mengembangkan portfolio Top-End kami dengan produk yang lebih menarik untuk pelanggan kami,” ulas Ola Källenius mengenai strategi portfolio baharu.

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 03

Pada masa ini, rangkaian 7 model kompak tahap pengenalan bagi Mercedes-Benz adalah termasuk:

  1. A-Class (kemungkinan kekal)
  2. B-Class (akan digugurkan)
  3. A-Class Sedan (tidak diketahui)
  4. CLA (utidak diketahui)
  5. CLA Shooting Brake (akan digugurkan)
  6. GLA (kemungkinan kekal)
  7. GLB (kemungkinan kekal)

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 04

Syarikat itu tidak menyatakan model mana yang akan dihentikan, tetapi model SUV seperti GLA 5-penumpang dan GLB 5+2-penumpang hampir pasti akan kekal, memandangkan SUV adalah segmen yang sedang mengalami pertumbuhan tinggi dan sangat menguntungkan.

Model A-Class hatchback juga berkemungkinan kekal kerana ia mempunyai imej yang kukuh dan terjual dengan cukup baik, terutamanya di Eropah.

Model 'sendu' seperti B-Class hampir pasti akan dibatalkan, begitu juga dengan CLA Shooting Brake (pada asasnya model CLA dalam bentuk wagon).

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 05

Jadi model mana lagi yang akan bertahan sebelum bilah gilotin dijatuhkan?

2 model yang masih berpeluang dikekalkan adalah model CLA atau A-Class sedan. Nasib kedua-dua model ini kelihatan seimbang, kerana tiada perbezaan yang mencukupi antara kedua-dua produk. Antara CLA dan A-Class Sedan, kami mempertaruhkan model CLA untuk kekal.

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 06

Hal ini kerana gaya coupe pada CLA membolehkannya menerima harga premium, selaras dengan hala tuju syarikat untuk mengutamakan keuntungan berbanding jumlah jualan. Ditambah dengan imej produk yang berorientasikan gaya hidup, semua pakej ini seiring dengan fokus Mercedes-Benz yang mewah berbanding A-Class Sedan yang berorientasikan fungsi dan praktikaliti.

Menjelang 2026, Mercedes-Benz merancang untuk mengurangkan pegangan pasarannya dalam segmen mewah tahap pengenalan sebanyak 25 peratus.

Mercedes-Benz sah akan hentikan model 'entry level', A-Class atau CLA bakal dicantas? 07

Perlu diingatkan bahawa model tahap pengenalan yang lebih murah tidak benar-benar menyumbang kepada jumlah jualan yang tinggi. Pada tahun 2019 sebelum wabak, jualan kereta kompak Mercedes-Benz hanya berjumlah 680,000 unit di seluruh dunia. Bandingkan angka itu dengan 1.35 juta unit jualan segmen 'Core Luxury' seperti C-Class dan E-Class (termasuk model SUV seperti GLC dan GLE).

Baca: Mercedes-Maybach ultra-mewah catat rekod keuntungan luar biasa suku pertama 2022, meningkat 161 peratus!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda