Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021?

Faisal · Jan 9, 2021 06:00 PM

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 01

Mercedes-Benz S-Class 2021 (W223) telah membuat debut global pada September yang lalu. Sebagai anak sulung buat syarikat Mercedes-Benz, limosin ini diterapkan dengan pelbagai teknologi yang canggih. Sebab itulah ia sering dianggap sebagai sumber inspirasi buat hala tuju industri automotif untuk 5 – 10 tahun yang akan datang. Ketibaannya di Malaysia dijangka pada suku ketiga tahun ini.

Oleh itu, mari kita saksikan teknologi yang diterapkan oleh kereta mewah yang terunggul ini.

Apakah pembaharuan pada keselesaannya?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 01

Apa yang buatkan nama “S-Class” begitu disegani ialah aspek keselasaannya. S-Class W223 mempunyai sistem suspensi E-Active Body Control yang mengubah talaan menggunakan kamera stereo untuk memerhati keadaan jalan supaya perjalanan anda sentiasa selesa dan empuk.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 02

Sistem suspensi ini juga berupaya mengurangkan body roll ketika mengambil selekoh. Dengan itu, perjalanan ke Genting atau Cameron Highlands boleh terasa seperti duduk di dalam rumah sahaja.

Bagaimana pula dengan ciri keselamatan?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 03

Antara kehebatan buat setiap keluaran S-Class yang terbaru ialah pada ciri keselamatan yang cukup inovatif.

Kereta Volvo mungkin sinonim dengan aspek keselamatan yang unggul tetapi S-Class juga tidak kurang sama sekali.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 04

Untuk maklumat anda, suspensi E-Active Body Control juga boleh mengangkat ketinggian badan S-Class untuk mengurangkan impak pelanggaran di bahagian sisi. Teknologi ini berupaya menghalakan pelanggaran ke bahagian dasar kenderaan dimana ia mempunyai struktur yang lebih kuat.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 05

Di samping itu, sistem Pre-Safe telah dikemaskini dimana ia boleh mengalih anda ke bahagian tengah kenderaan dengan menggunakan kusyen kerusi sekiranya pelanggaran sisi dijangka berlaku.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 06

Beg udara untuk penumpang belakang: Antara ciri yang akan dilihat pada kereta biasa satu hari nanti

Walau bagaimanapun, tiada apa yang lebih inovatif daripada beg udara untuk penumpang belakang. Untuk maklumat anda, S-Class W223 ialah kereta produksi pertama yang hadir dengan ciri sebegini. Malah limosin ini hadir dengan beg udara jenis tiub dimana ia boleh mengurangkan tekanan impak terhadap kepala dan tulang belakang.

Susah ke untuk memandu kereta mewah sebesar ini?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 07

Nampak macam rosak tetapi hakikatnya tidak

Mercedes-Benz S-Class terbaru (W223) sememangnya cukup besar. Memandu di dalam kawasan bandar sudah tentu agak sukar. Tetapi dengan teknologi ini, pemandu anda (ataupun anda sendiri) tidak akan berasa janggal sama sekali.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 08

Stereng roda belakang bukanlah sesuatu yang inovatif. Teknologi ini telah digunakan sejak 30 tahun yang lalu oleh sesetengah model Honda. Untuk kereta sebesar S-Class, ciri ini sudah tentu membantu.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 09

Mengendalikan S-Class di tempat parkir kini menjadi lebih mudah memandangkan roda belakang juga boleh bertukar sudut sehingga 10º darjah. Teknologi sebegini bukan sahaja memudahkan pengendalian di ruang sempit, malah ia meningkatkan ketangkasan apabila mengambil selekoh.

Apa yang menarik pada bahagian eksterior?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 10

Mercedes-Benz menggelarkan arah tuju reka bentuk S-Class W223 sebagai “Sensual Purity”. Secara keseluruhan, ia masih menampilkan identiti sebuah S-Class dimana ia mempunyai overhang depan dan belakang yang pendek serta tiang-C yang cukup landai.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 11

Dari sudut depan, S-Class W223 memperlihatkan gril yang lebih besar, lampu yang lebih tajam, dan reka bentuk bampar yang lebih agresif. Pada bahagian tepi, ia hadir dengan pemegang pintu yang tersorok dimana ia kelihatan cukup canggih.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 12

Bercakap mengenai lampu, S-Class W223 menampilkan teknologi Digital Lights dimana ia boleh memantulkan video atau simbol amaran terhadap pelintas jalan. Untuk mereka yang hendak menunjuk, teknologi ini juga boleh membuat pertunjukan lampu.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 13

Dari sudut belakang, S-Class W223 kelihatan cukup berbeza dengan generasi W222 dimana ia menampilkan reka bentuk lampu LED yang lebih slim.

Bagaimana pula dengan bahagian interior?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 14

Walaupun sesetengah pihak berpendapat bahawa jumlah skrin yang hadir agak keterlaluan, tidak dinafikan bahawa kabin S-Class W223 kelihatan cukup berkelas.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 15

Interior ini didominasi oleh skrin sesentuh 12.8 inci yang berdiri tegak di bahagian konsol tengah. Sistem infotainment ini menggunakan perisian MBUX yang terkini dimana anda boleh mengawal fungsi kabin dengan memberi arahan suara sahaja. Uniknya, ciri ini hadir untuk kesemua tempat duduk.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 16

Pada masa yang sama, S-Class W223 hadir dengan MBUX Interior Assist dimana ia mempunyai kamera yang boleh mengesan tentang apa yang cuba dilakukan oleh pemandu. Sebagai contoh, sekiranya pemandu ingin melihat cermin belakang, pelindung matahari akan diturunkan secara automatik.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 17

Mengenai kemewahan di belakang pula, terdapat dua skrin multimedia MBUX 11.6 inci, meja, dan juga kerusi urut.

Varian mana yang akan dilancarkan di Malaysia nanti?

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 18

Secara keseluruhan, terdapat varian petrol, diesel, dan hibrid plug-in. Walau bagaimanapun, pasaran Malaysia mungkin didatangkan dengan varian S450 4Matic dan S580e - seperti yang ditawarkan pada S-Class W222. Kedua-dua tren kuasa ini menggunakan enjin M256 3.0L turbo 6 silinder sebaris. Sebagai varian hibrid plug-in, S580e akan hadir dengan motor elektrik.

Walau Mercedes-Benz Malaysia belum mengesahkan sebarang maklumat, hampir kesemua teknologi yang kami lampirkan akan ditawarkan apabila S-Class terbaru ini tiba di Malaysia.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 19

Sekiranya anda mahukan versi S-Class W223 yang lebih mewah, Mercedes-Maybach S-Class Z223 baru sahaja membuat debut global di Guangzhou Auto Show 2020. Untuk pengetahuan anda, model ini 11 cm lebih panjang daripada S-Class W223. Menariknya, ia mempunyai pintu yang boleh ditutup dengan hanya menekan butang sahaja – seperti Rolls-Royce.

Mercedes-Benz S-Class W223: Kemewahan terunggul – pelancaran di Malaysia pada tahun 2021? 20

Jadi adakah anda suka dengan apa yang ditampilkan oleh kereta mewah yang terunggul ini?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mercedes-Benz S-Class S 450 L AMG Line

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru