Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya.

Mersita · Dec 6, 2020 02:00 PM

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 01

Sebagai seseorang yang menggemari proses memandu, salah satu kelengkapan yang berinteraksi terus dengan pemandu ialah kluster instrumen. Dari meter analog ke digital, banyak perkembangan dan pembaharuan yang telah kita saksikan dan rasai. Seperti semua pembaharuan yang mengikut teknologi dan trend, ada yang disambut baik, ada yang sebaliknya.

Mula-mula kita kena tanya, kenapa kita perlukan pembaharuan? Apa silapnya dengan susun atur dan rekaan terdahulu, ataupun ia hanyalah untuk pembaharuan semata-mata?

Analog

A combo of analogue and digital

Kombinasi antara meter analog dan digital

Meter yang ada pada kluster instrumen dicipta untuk memaklumkan pemandu tentang parameter dan maklumat penting kereta tersebut. Sejak kewujudannya, kebanyakan fungsinya kekal sama: jarum yang bergerak naik ikut arah jam di dalam bulatan (Peugeot dan Aston Martin cuba untuk memusingnya ke arah bertentangan – bukan idea yang bagus) yang memaparkan tahap kelajuan, RPM enjin, suhu air serta paras bahan api.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 02

Pada hemat saya, sebagai pemandu, ia cukup ringkas, tak leceh, dan ia tidak mengganggu pemanduan saya. Ia juga memaparkan maklumat penting saja, taklah runsing melihat bermacam jenis maklumat yang tak diperlukan. Mudah dan ringkas, ia tidak cuba mengalihkan pandangan atau fokus saya pada pemanduan.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 03

Nak baca tekanan minyak? Kena pasang tolok ekstra pula

Namun, jika anda gemar alat-alat ‘custom’ dan tambahan lain, ia akan jadi lebih rumit. Anda haruslah redha dengan gaya tulisan kluster serta warnanya melainkan anda buka badan kluster untuk buat perubahan sendiri – yang ini, kami tak sarankan.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 04

Terhad kepada 180 km/jam

Tambahan pula, parameter yang dipaparkan juga sudah ditetapkan (pernah nampak kereta JDM speedometer 180 km/jam?). Anda terpaksa pasang lebih banyak tolok dan meter untuk memaparkan parameter tambahan, contohnya suhu minyak atau tekanan minyak, dan perkara ini sememangnya melecehkan.

Digital

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 05

Tekanan ‘turbo boost’, bacaan g-force? Ada saja..

Paparan digital memberikan lebih banyak ruang untuk penetapan meter-meter tambahan. Pembuat kereta boleh berikan anda pilihan susun atur yang pelbagai, tema warna dan menu-menu lain untuk dimiliki. Ia juga boleh jadi satu perkara baru yang anda boleh tunjuk dengan kawan-kawan.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 06

Anda nak paparan navigasi? Tak ada masalah. Nak tahu lagu apa yang sedang dimainkan? Tekan saja butang, terus keluar. Selain daripada parameter biasa, panel instrumen digital boleh menayangkan banyak info-info lain – dari senarai Spotify sehinggalah jangka masa servis dan penyelenggaraan.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 07

Why BMW, why?

Semua ini memang digemari oleh generasi yang ‘tech-savvy’, pemandu yang mahukan info serta-merta dan menyambut baik apa saja kelengkapan yang boleh ditambah pada kluster instrumen yang lebih kurang sama saja saiznya antara kereta-kereta penumpang yang lain.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 08

Menu boleh tukar-tukar

Tapi, ia juga tak terlepas dari masalah yang boleh membelenggu. Generasi ‘tech-savvy’ yang sama yang mahukan bermacam-macam benda pada kluster instrumen mereka juga mudah terganggu dengan pelbagai perkara yang dipaparkan. Lihat saja G20 330i. Ini menyebabkan tahap fokus yang rendah dan ia tidak elok untuk pemanduan.

Kesimpulan

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 09

Salah satu tolok digital yang paling gemar dibualkan

Mantra yang sering kami pegang utuh ialah bila tengah memandu, fokus pada pemanduan saja. Ya, anda perlu kerap lihat tahap suhu, minyak dan lain-lain amaran penting pada meter tapi yang asas itu sajalah yang penting.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 10

Perkembangan teknologi dan perubahan trend sajalah yang menyebabkan adanya perubahan bermacam jenis dari meter analog ke digital. Selain dari itu, paparan digital yang terlalu semak dengan perkara-perkara tidak penting hanya melekakan dan merunsingkan pemandu.

Meter digital memang hampeh dan menyemakkan. Ini sebabnya. 11

Pilihan saya cumalah yang ringkas dan memudahkan. Cukuplah sekadar parameter yang menunjukkan maklumat penting tentang keadaan kereta dan tak perlulah berlebih-lebihan.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru