window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588!

Khairil ยท Jul 11, 2021 09:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 01

Sejak tampil ketika majlis pra-tonton sebelum ini, Wmoto Xtreme 150i menerima maklum balas yang cukup baik terutama dari sudut reka bentuknya yang garang serta spesifikasinya menarik.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 02

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Kelabu dan Merah dengan motosikal ini akan berada di semua pengedar sah MForce sejurus mereka dibenarkan beroperasi.

Juga baca: Wmoto lancar skuter ES125, dua varian, harga bermula RM4,588

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 03

Selain datang dengan harga yang dilihat sebagai cukup berpatutan di bawah RM 10k, Wmoto Xtreme 150i turut mendapat pengiktirafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP).

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 04

Apa yang membuatkannya mendapat pengiktirafan sedemikian ialah sistem breknya yang menggunakan cakera tunggal depan dan belakang datang dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran di depan dan belakang.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 05

Sebagai perbandingan, satu lagi skuter ADV yang sedang hangat ketika ini di Malaysia iaitu Honda ADV 150 hanya dipadankan dengan sistem ABS di brek hadapan.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 06

Antara kelebihan lain juga terletak kepada sistem suspensi di mana ia menggunakan fork dari jenis terbalik (USD) dan monoshock boleh laras di bahagian belakang.

Juga baca: Wmoto lancar skuter maxi RT3, lebih berkuasa & padu, harga RM 15,188

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 07

Sebagai skuter ADV yang dikatakan berkemampuan untuk 'melayan' laluan 'offroad' ringan, Wmoto Xtreme 150i 2021 dipadankan dengan trenkuasa bersesaran 149.3 cc, 4 Lejang, SOHC, Penyejuk Cecair, 1 Silinder.

Enjin yang patuh piawaian emisi Euro 4 itu menghamburkan kuasa 12 Hp pada 8,500 rpm dan tork 11.8 Nm pada 5,000 rpm.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 08

Untuk penggunaan lasak di laluan tidak rata dan berbukit, tayar yang digunakan oleh motosikal ini adalah dari jenis 'All-Terrain' dengan saiz roda 100/80 di bahagian depan dan 120/70 Rim belakang bersama rim 14 inci.

Juga baca: TDM dapat aset baharu perkasa Op Benteng, motosikal scrambler Wmoto SXR 300 cc!

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 09

Selain itu, antara ciri-ciri menarik lain yang turut melengkapi Wmoto Xtreme 150i ialah mula-henti (start-stop), paparan panel LCD digital penuh, sistem lampu LED sepenuhnya bersama lampu siang DRL.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 10

Dipadankan dengan kapasiti tangki bahan api 11 liter, jarak lega tanah 180 mm, ciri-ciri menarik lain adalah ia turut mempunyai pelindung angin boleh laras yang mudah diselaraskan hanya menggunakan tangan, ruang simpanan bawah pelana berkapasiti 13 liter, dua port pengecas dari jenis USB dan soket 12v.

MForce lancar skuter ADV, Wmoto Xtreme 150i 2021 di pasaran Malaysia, harga asas RM 9,588! 11

Dengan setiap pembelian Wmoto Xtreme 150i juga, pembeli akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda