window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand!

Haris ยท Aug 4, 2020 04:00 PM

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 01

Mengikut laporan Headlightmag, MG HS adalah SUV segmen-C terlaris bagi bulan Jun 2020 di Thailand. Lebih menarik lagi, MG HS telah mencatatkan angka jualan yang lebih tinggi berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5.

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 01

Walaupun begitu, harus diingatkan bahawa fenomena ini terjadi akibat daripada kesemua model Honda CR-V facelift telah habis dijual di Thailand. Tambahan pula, gejala Covid-19 telah menunda sesi pelancaran serta penghantaran Honda CR-V facelift 2020 ke negara tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 01

Model MG HS telahpun dilancarkan di Thailand pada September 2019 bagi menggantikan model MG GS. Berikutan dari pelancaran tersebut, model saingan lain seperti Honda CR-V dan Mazda CX-5 turut menerima tempias dari segi saingan jualan kepada para pembeli.

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 02

Model MG HS ini dikuasakan dengan enjin 1.5 liter petrol berkuasa turbo yang mana mampu menghasilkan 162 PS kuasa kuda dan 250 Nm tork. Gandingan transmisi Dual Clutch 7- kelajuan (DCT) pula menyalurkan kuasa ke roda hadapan.

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 03

Model MG HS ini juga pernah dipandu uji di Malaysia beberapa kali. Pertama kali model MG HS ini dilihat ialah semasa melakukan ujian VTA di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kali kedua pula di hadapan kompleks Berjaya Time Square, yang dipercayai merupakan ibu pejabat MG Malaysia.

MG HS lebih laris berbanding Honda CR-V dan Mazda CX-5 di Thailand! 04

Oleh itu, MG HS hampir pasti akan hadir di Malaysia. Namun begitu, kehadirannya pasti akan menerima saingan kuat daripada model kegemaran ramai seperti Proton X70 dan Honda CR-V.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG HS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda