window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022

Mersita · Jan 21, 2022 05:00 PM

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 01

Setelah 17 tahun menghilang, 2022 besar kemungkinannya akan melihat kemunculan semula MG di Malaysia memandangkan sudah ada rancangan dari jenama British-China itu untuk mengembangkan sayapnya ke pasaran kita tahun ini.

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 02

MG HS spesifikasi Thai ditunjukkan

Semasa sidang media atas-talian dijalankan awal minggu ini, Zhang Haibo, Pengarah Urusan SAIC Motor CP Co. Ltd., dan MG Sales (Thailand) mengesahkan kemasukan semula MG ke pasaran Malaysia dalam tahun ini, menurut laporan rakan media kami Autofun.

Baca juga: Spyshot: MG ZS EV 2021 di lebuh raya, masih ada peminat SUV elektrik!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 01

MG ZS EV ditunjukkan

Menurut beliau, unit-unit MG HS dan MG ZS yang dipasang di Thailand akan dieksport di sekitar rantau ASEAN, termasuklah Malaysia. Kedua-dua model ini telahpun mendarat di Indonesia dan Vietnam pada awal tahun ini.

Baca juga: MG ZS dan MG HS diletakkan di Berjaya Times Square. Apa yang MG Berjaya sedang lakukan?

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 02

Namun, pengumuman ini tidak termasuk kenyataan berkaitan pemasangan tempatan (CKD) yang dianggap perlu untuk mengelak cukai tinggi di Malaysia dan penting bagi MG bagi menawarkan harga yang berdaya saing di sini.

Baca juga: Spyshot: MG HS kini diintip sejak tahun 2020 tapi masih tak lancar, ini kali lah?

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 03

Tapi, bukan itu saja. MG juga berkata yang mereka ada rancangan untuk mengeksport kereta segmen C MG5 ke beberapa pasaran di rantau ini.

Baca juga: 2021 MG 5 dipratonton di Thailand untuk lawan Civic & Altis! RM 77 - RM 103k, 119 PS 150 Nm

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 04

MG HS pernah dikesan di Malaysia beberapa kali sebelum ini

Imbas semula, MG HS ialah sebuah SUV segmen C yang disasarkan untuk menyaingi pesaing seperti Proton X50, Honda CR-V, dan Mazda CX-5.

SUV ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter berpengecas turbo yang menjana 162 PS dan 250 Nm, dipadankan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan yang memacu roda hadapan.

Baca juga: MG HS 2021 – Kereta apakah ini dan bolehkah ia mencabar Proton X70?

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 05

MG ZS EV pernah dikesan di Malaysia

Kemudiannya, ada juga MG ZS. Di Thailand, MG ZS segmen B ini boleh didapati samada sebagai kenderaan elektrik berbateri (BEV) ataupun dalam varian enjin petrol biasa. Masih belum dapat dipastikan varian mana satu yang akan tiba di Malaysia kelak.

Baca juga: MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V?

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 06

Selain itu, MG juga menyatakan yang merea akan meningkatkan penghasilan bateri kereta elektrik (EV) di Thailand dengan pelaburan sebanyak THB 2 bilion. Ini akan meningkatkan peratusan jumlah kandungan tempatan bagi model-model yang dipasang di sana menjelang 2023.

MG: Kami akan tiba di Malaysia tahun ini, MG HS dan MG ZS akan dilancar pada 2022 07

Syarikat kereta yang berpengkalan di Shanghai ini juga berkata mereka ada rancangan untuk mengitar semula dan mengguna semula bateri EV.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG HS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda