window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V?

Mersita · Nov 27, 2020 11:50 AM

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 01

Walau apa pun orang kata, ‘sport utility vehicles’ (SUV) memang akan ‘trending’ untuk masa yang lama lagi. Untuk menghangatkan lagi pasaran SUV di negara kita, kedatangan MG ZS 2021 pasti akan membuatkan ramai tak senang duduk.

Di sini, kami jawab semua persoalan anda tentang model ZS ini dan benda-benda best yang ada.

Pernah dengar jenama kereta MG?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 02

MG B ialah salah satu ciptaan mereka yang paling dikenali

MG diasaskan di Oxford, England pada tahun 1924 dan mereka satu ketika dulu pakar dalam pembuatan kereta sport. Semenjak penubuhannya, jenama itu bertukar-tukar tangan beberapa kali. Kini, mereka dimiliki oleh gergasi automotif China iaitu SAIC Motor Corporation Limited yang menghasilkan kereta pemandu harian.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa itu MG ZS?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 01

MG ZS ialah sebuah SUV segmen B yang bersaing dengan Honda HR-V dan Mazda CX-30. Barisan ZS di Thailand dibahagikan kepada dua model; satu dipadatkan dengan tren kuasa petrol dan satu lagi ialah versi bateri-elektrik.

Bagi yang versi petrol pula ada tiga varian iaitu C+, D+, dan X+. ZS EV cuma ada satu varian sahaja.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 02

Kali ini, kita akan lihat dengan lebih dekat lagi varian EV spesifikasi Thailand kerana kita diberitahu yang kita akan dapat model impot (CBU) dari sana apabila jenama itu tiba di pasaran kita nanti.

Tambahan pula, fokus pada versi EV ini adalah kerana hanya model EV yang pernah dilihat di sini setakat ini.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 03

MG ZS EV.

Apakah tren kuasa ZS?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 04

Merujuk kepada varian yang dinyatakan tadi, ini ialah spesifikasi tren kuasa ZS yang dihuraikan:

Tren kuasa MG ZS 2021
Enjin Transmisi

ZS (Petrol)

1.5 liter, 'naturally-aspirated', 4 silinder

114 PS / 150 Nm

CVT dengan 8 nisbah virtual

ZS EV

Motor elektrik

150 PS / 350 Nm

Julat 337 km (NEDC)

e-CVT

Bagaimana rupa bentuk luaran MG ZS?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 05

Uishh, yang kat depan tu bukan port ‘machine gun’ eh. Itu port pengecas EV.

Sekali pandang, MG ZS tampak cukup mengancam. Ada yang mengatakan ia mempunyai elemen rekaan Mazda. ZS EV juga dilengkapi dengan lampu hadapan LED dan lampu brek LED.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 06

MG ZS EV dengan rim 17 inci

ZS EV dipasang dengan rim 17 inci. Varian petrol pula mempunyai rim antara 16 dan 17 inci, bergantung kepada varian.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 07

Anda boleh lihat yang ZS dan ZS EV mempunyai penggayaan yang berbeza, paling ketara pada muka hadapan kereta dan rekaan lampu breknya.

Bagaimana pula rupa ruang dalaman MG ZS EV?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 08

Ciri-ciri penggayaan Eropah pada ZS EV nampak jelas di sini dengan rekaan yang bersih dan segar, dikemasi dengan balutan kulit sintetik.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 09

Kabinnya juga dilengkapi dengan sistem infotainmen berskrin sentuh 8 inci dengan 6 buah ‘speaker’. Namun, berbeza dengan varian petrol, ZS EV spesifikasi Thai tidak dilengkapi dengan sokongan Android Auto ataupun Apple CarPlay.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 10

Kluster instrumennya masih lagi dalam sistem analog, ditambah dengan paparan multi-info yang kecil di tengah-tengah.

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 11

Kemudahan-kemudahan lain termasuklah tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras secara elektronik dengan 6 tetapan, dan juga sistem penapisan udara PM 2.5.

Cukup menarik setakat ini.

Di manakah MG ZS dihasilkan?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 12

Varian-varian petrol yang biasa dihasilkan di Thailand, tapi varian ZS EV diimpot sepenuhnya (CBU) dari China.

Apakah ciri-ciri keselamatan pada MG ZS?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 13

Ia dilengkapi dengan 6 beg udara, dan ZS EV spesifikasi Thailand dilengkapi dengan fungsi-fungsi keselamatan seperti yang berikut:

  • Hill start assist (HSA)
  • Traction control (TCS)
  • Stability control (SCS)
  • Hill descent control (HDC)

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 14

Kelengkapan ADAS berikut hanya boleh didapati pada varian ZS EV:

  • Adaptive Cruise Control
  • Traffic Jam Assist (TJA)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Intelligent High Beam Control (IHC)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Departure Prevention (LDP)
  • Lane Keep Assist (LKA)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Blind Spot Detection (BSD)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)

Bilakah MG ZS akan tiba di Malaysia?

MG ZS 2021 akan tiba di Malaysia – aduh, apa nasib HR-V? 15

MG ZS yang dilihat di Malaysia baru-baru ini

Memandangkan kita sudah melihat MG ZS EV beberapa kali setakat ini, kami rasakan yang ia akan tiba dalam tahun hadapan – barangkali bersama-sama MG HS yang lebih besar. Varian petrol masih belum menunjukkan batang hidungnya, oleh itu ia mungkin akan tiba ke Malaysia lambat lagi.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG ZS Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda