MG ZS EV facelift 2022 diperkenal di Thailand, ada powerbank, bakal tembus Malaysia!
Faisal · Mar 14, 2022 10:30 AM
0
0
Sejak diperkenalkan di Thailand pada tahun 2019, crossover elektrik MG ZS EV telah menggegarkan pasaran Thailand dan ia kini antara EV paling laris di sana. Dengan jenama GWM yang semakin naik, MG Thailand dengan cepatnya melancarkan MG ZS EV facelift 2022.
Untuk makluman anda, model pra-facelift pada tahun 2021 berjaya dijual sebanyak 660 unit dan MG kini memegang bahagian pasaran EV di Thailand sebanyak 90%. Kalau ikut data MAA pada tahun lepas, angka ini sudah hampir dua kali ganda berbanding jumlah EV yang didaftarkan di Malaysia.
Secara visual, ZS EV facelift hadir dengan gril depan yang ‘ghaib’ yang port mengecas yang diubah ke bahagian tepi pada logo MG.
Bercakap mengenai ini, ZS EV menyokong pengecasan AC (0-100% mengambil masa 7 jam 15 minit) dan pengecasan pantas DC (30-80% mengambil masa sekitar 30 minit).
Secara teknikal, ZS EV dikuasakan oleh motor synchronous yang menghasilkan 177 PS dan 280 Nm tork. Kapasiti bateri untuk model di Thailand adalah 50.3 kWj dan crossover elektrik ini mempunyai jarak pandu sebanyak 403 km (standard NEDC). Bateri ini juga diiktiraf sebagai kalis air dan habuk IP67.
Antara ciri baru yang ada pada ZS EV facelift adalah sistem soket Vehicle to Load (V2L) yang mana teknologi ala powerbank ini boleh membekalkan sumber kuasa ke apa jua peranti sehingga 2,200 W.
Bergantung pada varian, ZS EV hadir dengan kelengkapan seperti:
Pengecas tanpa wayar
Bumbung suria panoramik
Paparan skrin digital 7 inci
Infotainment 10 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
Cermin pandang belakang anti-silau
6 pembesar suara
Dari segi keselamatan pula, ZS EV facelift datang dengan ciri:
Brek kecemasan autonomi (AEB)
Emergency Lane Keeping System (ELK), Lane Departure Prevention (LDP) & Lane Keep Assist (LKA)
Lane Departure Warning (LDW)
Lane Change Assist (LCA)
Blind-Spot Detection (BSD)
Adaptive Cruise Control (ACC) dengan low-speed follow (Traffic Jam Assist, TJA)
Intelligent High-beam Control (IHC)
Sebagai sebuah EV berteknologi canggih, ZS EV facelift dilengkapkan dengan sistem operasi i-Smart yang menyambungkan kereta dengan telefon pintar pemilik. Selain status kenderaan, sistem ini juga membolehkan telefon anda diguna sebagai kunci digital dan ia juga boleh mengawal penyaman udara sebelum anda masuk ke dalam kabin.
Di pasaran Thailand, ZS EV ditawarkan dengan varian D dan X. Harganya akan diumum pada 22 Mac nanti di Bangkok International Motor Show (BIMS 2022).
Malaysia pula bila?
Walaupun Malaysia pernah disebut oleh Pengarah Urusan SAIC Motor CP Co. Ltd dan MG Sales (Thailand), masih belum dapat dipastikan sama ada ZS EV atau jenama MG akan dijual di sini atau sebaliknya.
Kalau jadi, MG akan menjadi salah satu daripada jenama China yang tembus pasaran Malaysia pada tahun 2022 selain Chery dan GWM. Mengenai GWM, ia dijangka membuat debut sekitar bulan Julai di bawah syarikat Go Auto.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.