window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry!

Haris · Apr 5, 2023 11:00 AM

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 01

MG Motor, pengeluar kereta yang dimiliki SAIC Motor Corporation Limited telah melancarkan model MG7 baharu mereka, sebuah coupe 4 pintu buatan China yang telah menarik perhatian ramai kerana reka bentuknya yang sangat menarik.

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 02

Tawaran rekaan menarik ini juga hadir dengan titik harga yang sukar ditandingi. Varian dan harga MG7 adalah seperti berikut:

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
  • 1.5T DCT United States Comfort Edition: 119,800 yuan (~RM 75,056)
  • 1.5T DCT Perfect Deluxe Edition: 125,800 yuan (~RM 78,634)
  • 1.5T DCT Elegant Edition: 137,800 yuan (~RM 86,040)
  • 2.0T Automatic Beauty Hunting Premium Edition: 145,800 yuan (~RM 91,076)
  • 2.0T Automatic Beauty Hunting Luxury Edition: 155,800 yuan (~RM 97,516)
  • 2.0T Trophy+ Excitement Edition: 169,800 yuan (~RM 106,004)

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 01

Model MG7 boleh didapati dalam dua pilihan enjin: 1.5 liter turbo dengan 190 PS kuasa kuda dan 300 Nm tork, manakala pilihan atas menggunakan enjin turbo 2.0 liter dengan 265 PS dan 405 Nm tork. Transmisi automatik 7- atau 9-kelajuan ditawarkan bergantung pada kategori.

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 02

MG7 mempunyai reka bentuk luaran yang sporty dan anggun, di mana siluet badan yang panjang dan rendah memberikan profil seperti model gran coupe, liftback atau sportback. Bahagian hadapan mempunyai gril besar, lampu depan LED langsing dan logo MG yang menonjol. Hujung belakang mempunyai reka bentuk yang sama dengan penambahan spoiler, lampu ekor LED, dan sistem dwi-ekzos.

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 03

Bergerak ke bahagian dalam pula, MG7 menawarkan kabin yang luas dan mewah dengan pelbagai ciri premium. Tema warna yang digunakan dalam kabin ialah merah maroon, biru atau hitam, di mana tempat duduk dan trim pintu menggunakan kemasan kulit.

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 04

Kesemua warna yang berani ini turut mempunyai lampu ambien. Papan pemuka mempunyai sistem infotainment skrin sentuh yang besar 12.3 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto. Skrin ini turut disepadukan dengan meter digital 10.25 inci yang akhirnya menjadi kokpit digital selebar 33 inci.

Baca: MG gempur dominasi CR-V, lancar MG HS facelift 2023 dari RM 128k dengan ciri canggih di Indonesia!

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 05

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 06

Ciri-ciri lain termasuk bumbung suria panorama, kawalan iklim dwi-zon, butang Mula / Henti Enjin, pengecas nirwayar, dua pengkalan USB Type-C, sistem audio dari BOSE dengan 14 pembesar suara, Head-Up Display, kamera 360, dan kehadiran sistem ADAS.

MG7 dilancarkan di China, rekaan ala Mercedes-Benz pada harga separuh Toyota Camry! 07

MG7 boleh didapati dalam lima warna, termasuk Phantom Black, Snow White, Champagne Gold, Sky Blue, dan Scarlet Red. Sedan mewah itu kini mula dijual di China dan dijangka dilancarkan di pasaran lain tidak lama lagi. Jika ia boleh hadir ke Malaysia, adakah ia akan menggugat pasaran daripada Camry dan Accord?

Baca: Selepas debut di Thailand, kelibat MG HS 2022 facelift tiba di Indonesia, Malaysia tertinggal?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MG MULAN Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda