window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)!

Haris · Jul 29, 2020 05:00 PM

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)! 01

Tahukah anda, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), penjualan kereta terpakai telah meningkat sebanyak 100% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020. Pertumbuhan ini sememangnya sebuah dapatan kajian yang mengejutkan.

PROTON melihat perniagaan kereta terpakai sebagai sebahagian strategi penting dan mula memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) bagi melancarkan penjualan dan pengedaran kereta terpakai dalam usaha meningkatkan penjualan kereta baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)! 01

Brian Cheah, Ketua Jabatan UCM, PROTON.

Jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) yang ditubuhkan pada tahun 2019 ini telah hadir dengan program Proton Certified Pre-Owned mereka yang tersendiri. Pada awalnya mereka menetapkan prosedur operasi dan melatih pemeriksa kereta-kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan.

“Proton akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka. Ketika Proton mula menubuhkan jabatan UCM pada tahun 2019, sasaran yang ditetapkan adalah untuk menyokong penjualan kereta baharu dan meningkatkan nilai jualan semula kereta Proton,” jelas Brian Cheah, Ketua Pengurusan Kereta Terpakai, PROTON.

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)! 02

Sasaran yang ditetapkan untuk UCM adalah penggantian jualan, di mana pemilik sedia ada menukar beli sebuah Proton baharu, bagi menyumbang sekurang-kurangnya 10% dari jumlah jualan bagi pusat jualan yang mempunyai perkhidmatan UCM.

Proton juga telah memperkenalkan program untuk membantu mencapai sasaran seperti Proton Xchange, bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu.

Miliki kereta terpakai yang disahkan Proton dengan program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)! 03

Mengenai penjualan tukar beli, kereta yang dijual oleh UCM akan dipasarkan di bawah program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO). Semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 titik yang komprehensif dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.

Ia dilengkapi jaminan lanjutan selama 1 tahun meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja), sehingga 6 bulan dari tarikh kereta tersebut didaftarkan.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Proton X70 1.5 TGDi Premium X 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda