Minat Ativa? Cuba tengok Honda HR-V terpakai - dari RM 55k: lebih kuasa & praktikal, murah untuk dijaga!
Zamil Syaheer · Dec 10, 2022 12:00 PM
Jangan marah - kami setuju bahawa Perodua Ativa (D55L) kekal sebagai tawaran nilai yang hebat bagi kereta baru di Malaysia dengan saiz yang kompak, agak berkuasa (tekan tekan preggy~), dan praktikal. Namun, ini juga merupakan kelebihan Honda HR-V (siri RU) 2015 - 2022.
Carsome ada dekat 44 unit buat masa kini
Kalau anda nak tahu, anda boleh membeli Honda HR-V terpakai dengan harga antara RM 65,000 hingga RM 110,000, bergantung pada tahun pembuatan, perbatuan dan varian. Ia masih kompetitif kerana ia berada di tengah-tengah kebanyakan harga B-SUV baru di pasaran hari ini.
Pandangan keseluruhan – SUV yang memulakan trend di Malaysia
Luangkan masa anda untuk memilih yang terbaik untuk wang anda; Terdapat 7 tahun generasi ini untuk dipilih, antara model pra-facelift 2015 - 2019 kepada model facelift 2019 - 2022. Kesemua HR-V dipasang tempatan (CKD) di Pegoh, Melaka.
Semasa pelancarannya, model pra-facelift berharga daripada RM 100k hingga RM 119k, dan apabila facelift menambah ciri dan kelengkapan, termasuk pengenalan varian Sport Hybrid i-DCD (Intelligent Dual Clutch Drive), harga meningkat kepada RM 109k hingga RM 125k.
2016 Honda HR-V S 1.8
RM 70,800
RM 776
/bulan
76,193 km
7.5 years
Kuala Lumpur
2017 Honda HR-V V 1.8
RM 68,900
RM 843
/bulan
96,943 km
6.5 years
Petaling Jaya
2020 Honda HR-V V 1.8
RM 101,800
RM 1,116
/bulan
6,870 km
3.5 years
Cheras
Honda HR-V berada tepat dengan saingan harga yang sama seperti Ford Ford EcoSport, Peugeot 2008 (yang hampeh, bukan yang terkini) punya, dan Mitsubishi ASX. Pesaing lain seperti Subaru XV dan Mazda CX-30 akhirnya kekal sebagai produk khusus kerana harganya yang lebih tinggi.
Harga bukan satu-satunya poin menarik untuk HR-V. Ia masih nampak cantik, dan selain daripada tahap utiliti ala MPV (dalaman uber-praktikal, Ultra Seats), ciri lain yang ada juga agak menarik.
Kelengkapan Honda HR-V pra-facelift
S
E
V
Lampu depan
Bukan LED
Bukan LED
LED
VSC
Ada
Ada
Ada
Beg Udara
2
2
6
Keyless entry/start
Tiada
Ada
Ada
Sistem penghawa dingin
Manual
Auto
Auto
Kawalan pelayaran
Tiada
Ada
Ada
Paddle shift
Tiada
Tiada
Tiada
Kamera undur
Tiada
Tiada
Ada
Bukaan but yang luas dan tempat duduk boleh lipat pelbagai hala bermakna anda boleh memuatkan BANYAK barang
Sejurus sebelum facelift diperkenalkan, Honda Malaysia mengeluarkan HR-V Mugen, varian khusus yang terhad kepada 1,020 unit sahaja. Ibarat permata yang bersinar, ia berharga sekitar RM 119k dan didatangkan dengan kit badan penuh, ‘sticker’ badan, lencana Mugen dalam dan luar, serta alas lantai edisi terhad. Selebihnya sama dengan varian V. Kalau anda berminat, Carlist ada beberapa unit…
Perlu diingat bahawa kit Mugen tidak tersedia secara berasingan, dan hanya dua warna ditawarkan (Dark Ruby Red Pearl dan White Orchid Pearl)
Selepas itu, Honda HR-V 2019 facelift memperoleh lebih banyak peralatan standard, dan walaupun begitu ia mendapat banyak penambahbaikan pada kesemua varian.
Kelengkapan Honda HR-V facelift
E
Hybrid
V
RS
Lampu depan
Bukan LED
Bukan LED
LED
LED
VSC
Ada
Ada
Ada
Ada
Beg udara
6
6
6
6
Kamera Lanewatch
Tiada
Tiada
Ada
Ada
Keyless entry/start
Ada
Ada
Ada
Ada
Sistem penghawa dingin
Auto
Auto
Auto
Auto
Kawalan pelayaran
Ada
Ada
Ada
Ada
Paddle shift
Ada
Ada
Ada
Ada
Kamera undur
Ada
Ada
Ada
Ada
HR-V RS facelift
Tidak kira sama ada model pra-facelift ataupun kemudian, rangkaian trenkuasa kekal sama. Enjin 1.8 liter dengan transmisi automatik CVT memberikan anda pengalaman pemanduan yang selesa sama ada dalam kesesakan lalu lintas atau pemanduan jarak jauh, manakala varian Hibrid memberikan penjimatan minyak yang lebih.
Untuk menjawab soalan 'varian mana', kami cadangkan anda untuk membeli varian V, dan kalua boleh - variasi facelift. Ini kerana anda akan mendapat lebih ciri dan kelengkapan, serta model facelift paling lama pun berusia 3 tahun, jadi HR-V yang anda ingin beli sepatutnya masih dilindungi oleh waranti rasmi Honda.
Bagaimana dengan hibrid? Selain daripada waranti perbatuan lima tahun/tanpa had biasa, Honda juga menawarkan waranti lapan tahun (dengan perbatuan tanpa had) untuk bateri hibrid. Varian Sport Hybrid i-DCD pertama kali dilancarkan pada 2019, jadi jaminan bateri anda akan bertahan sehingga tahun 2027.
Permasalahan Honda HR-V
Berdasarkan semakan pantas dengan pemilik dan pencarian media sosial, HR-V tak banyak masalah. Walaubagaimanapun, kerana ia adalah kereta terpakai, perkara seperti sokongan Carsome Certified boleh membantu anda.
Sekurang-kurangnya, semak untuk memastikan kereta itu diservis tepat pada masanya. Lebih baik jika ia mempunyai rekod penuh tentang apa yang berubah sepanjang hayat kereta.
MyCarInfo boleh menjadi sumber yang berharga, kerana melalui mereka anda boleh mengetahui sejarah insurans kereta; sama ada ia telah dituntut atau tidak untuk apa-apa perkara bermasalah seperti kemalangan besar atau kerosakan banjir.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen