Minat gaya Harley-Davidson tapi bajet ciput! Apa pilihan yang ada?
Khairil · Dec 7, 2020 11:59 AM
0
0
Tidak dapat dinafikan, populariti yang ada pada jenama Harley-Davidson atau Indian menyebabkan minat terhadap motosikal jenis 'Chopper' atau cruiser meningkat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Berikutan itu, pengeluar motosikal utama mula mengeluarkan varian cruiser masing-masing dengan Kawasaki dan Yamaha cukup berjaya di negara ini menerusi model Vulcan serta Virago yang amat popular satu ketika dulu.
Malah, syarikat pengeluar motosikal tempatan, Modenas sebelum ini pernah mengeluarkan varian cruisernya iaitu Jaguh dan boleh dianggap berjaya.
Bercerita sedikit mengenai sejarah, antara ciri-ciri motosikal cruiser adalah mempunyai bar pemegang yang agak tinggi, tempat duduk rendah, roda belakang yang jauh lebih besar daripada hadapan, pemijak kaki hadapan yang terletak jauh serta bunyi ekzos yang agak bingit.
Ia diminati oleh penunggang yang gemarkan tunggangan jarak jauh dan santai.
Begitupun, populariti itu tampak sedikit surut namun permintaannya tetap ada. Justeru, masih ada pengeluar yakin untuk memasarkannya di negara ini.
Berikut adalah senarai motosikal cruiser kelas pertengahan yang anda boleh dapatkan di pasaran ketika ini.
Benelli 502C Cruiser
Reka bentuk yang ada pada model Benelli 502C Cruiser sememangnya cukup segar, bergaya dan ranggi. Bagi Benelli, ia dianggap sebagai satu revolusi, gabungan tradisi dan jentera moden. Justeru, peminatnya terutama di luar negara memang ramai.
Spesifikasi ringkas
Enjin: 500cc, In-line 2 silinder, 4 Lejang, Penyejuk Udara
Kuasa kuda: 47.6hp
Tork: 46.0Nm
Harga bermula: RM27,888
WMoto V16 cruiser 250cc
Sekalipun pasaran di Malaysia ketika ini dikuasai jentera kapcai, Force Bike Holdings tetap yakin masih ada tempat buat WMoto V16 cruiser di hati pengguna.
Berikutan sesaran enjinnya yang rendah, harga yang ditawarkan cukup kompetitif dan reka bentuknya turut mengimbau kenangan pengguna kepada Yamaha Virago.
Spesifikasi ringkas
Enjin: 249cc, Penyejuk Udara V-twin, EFI.
Kuasa kuda: 19hp
Tork: 19Nm
Harga bermula: RM15,988
Zontes 310V Cruiser
Jika melihat kepada reka bentuknya yang unik, jelas jentera jenama pengeluar motosikal dari negara China ini, Zontes menunjukkan sisi sebuah cruiser moden.
Antara yang menarik ialah instrumen meter Zontes 310V cukup moden apabila didatangkan paparan LCD TFT berwarna sepenuhnya dan mempunyai sambungan Bluetooth untuk telefon pintar.
Bagi penggemar motosikal cruiser kelas pertengahan, Honda Rebel 500 ini memang menepati citarasa anda. Dilengkapi dengan pelbagai ciri moden, ia tetap memiliki reka bentuk yang agak tradisional dan kuasa yang dihamburkan menerusi enjin 471cc boleh memberikan senyuman kepada pemiliknya.
Spesifikasi ringkas
Enjin: 471cc, 2 Silinder, Penyejuk Cecair
Kuasa kuda: 45.59Hp
Tork: 43.3Nm
Harga bermula: RM32,800
Naza Cruise 650 SE FI
Jika anda tidak memandang kepada jenama atau gaya, model lama Naza Cruise 650 SE FI ini boleh menjadi pilihan anda. Mengikut carian di lama jual beli dalam talian, ia boleh didapati dengan harga yang amat rendah sekalipun sesaran enjinya cukup besar dan penting - baharu.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.