window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'!

Khairil · Dec 4, 2022 06:00 PM

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 01

Daripada pelbagai jenis model motosikal yang ada di seluruh dunia, seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) meminati sebuah motosikal 'legend' yang dikatakan 'lahir' di Malaysia iaitu Yamaha 125ZR.

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 02

Dan kerana minat, lelaki yang dikenali sebagai Lã Trần Quân itu sanggup membawa motosikal dua lejang popular itu ke negara dengan gelaran 'Uncle Sam' itu untuk dijadikan koleksi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 01

Tidak diketahui dibeli daripada mana atau siapa, Trần Quân yang nampaknya adalah pencinta dunia automotif dan dia menayangkan motosikal berkenaan dengan bangganya di laman sosialnya.

Melihat kepada kondisi Yamaha 125ZR berwarna kuning miliknya, ia sememangnya 'clean' dan boleh dikatakan mampu mengalahkan kondisi unit yang baharu keluar daripada kedai.

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 02

Dalam video pertamanya di Instagram yang memaparkan Trần Quân menunggang motosikal berkenaan di kawasan perumahannya, dia turut menggambarkan motosikal itu sebagai idaman kepada semua budak lelaki di Asia.

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 03

Dan pada video keduanya, Trần Quân yang menggunakan nama profil ltq.1989 berkata dia baharu mengetahui Yamaha 125ZR dikenali sebagai 'Tupai' di negara kelahirannya, Malaysia.

Di Malaysia, Yamaha 125ZR memang turut dipanggil sebagai 'Tupai' kerana panggilannya dalam bahasa Inggeris iaitu 'One, Two, Five'. 

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 04

Malah Trần Quân turut membalas komen seorang warga Malaysia yang mempelawanya datang ke Malaysia untuk melihat modifikasi yang dilakukan terhadap Yamaha 125ZR. Dan jawapan Trần Quân adalah ia memang menjadi impiannya.

Ini kerana selain Yamaha Yamaha 125ZR, Malaysia juga adalah 'syurga' kepada peminat Ducati Panigale sepertinya.

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 05

Tidak diketahui bagaimana Trần Quân membawa motosikal ini ke AS kerana apa yang pasti, ia tidak akan melepasi piawaian emisi terkini negara berkenaan.

Sebagai info, Yamaha 125ZR yang dihasilkan pada era-90an adalah pelan Yamaha untuk menundukkan penguasaan Suzuki dalam segmen kapcai dua lejang. Ia menggantikan model yang turut dianggap legend, Yamaha SSTwo.

Minat punya pasal, 'mamat' ni bawa masuk 'legend' Yamaha 125ZR ke AS, impi nak datang Malaysia sebab 'Tupai'! 06

Di Malaysia, Yamaha 125ZR atau 125Z dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1998 dan dek popularitinya, pengeluaran terakhir dibuat oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada tahun 2017.

Selain di Malaysia, Yamaha 125ZR turut dijual di beberapa negara Asia Tenggara lain malah dikatakan turut dijual di Eropah iaitu di Greece dan harganya di pasaran tempatan ketika ini adalah sekitar RM 7k hingga belasan ribu ringgit mengikut kondisi.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda