window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki?

Faisal · Nov 6, 2022 08:00 PM

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

MINI Cooper merupakan antara ikon hatchback kompak paling menawan di Malaysia. Selain Volkswagen Beetle, Sesiapa sahaja di negara kita pasti kenal akan model ini.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 02

Kalau anda masih ingat, model ini telah menjadi ikon yang cukup dikenali semenjak ia membuat kemunculan dalam siri Mr. Bean dan filem The Italian Job.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

Menariknya, MINI Cooper juga sinonim dengan kereta yang mempunyai pengendalian seperti go-kart.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 02

Antara sentuhan menarik yang boleh dilihat adalah penerapan elemen retro, terutama pada bahagian dalam. Yang uniknya, unsur sebegini masih dikekalkan walaupun pada generasi F56 yang belum lagi mencecah usia 10 tahun.

Ada berapa varian yang ditawarkan pada MINI Cooper F56 di Malaysia?

Dalam panduan membeli kali ini, kami akan meletakkan fokus pada model pra-facelift generasi F56 jenis 3 Door. Cara paling mudah untuk anda kenalpasti model facelift atau tidak adalah grafik bendera British pada lampu belakangnya.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 03

Sewaktu dilancarkan ke Malaysia pada awal 2014, Cooper F56 hadir dengan varian Cooper dan Cooper S dan ia datang dengan bentuk badan 3 Door, Clubman (4 pintu) dan Countryman (ala SUV). Sebenarnya, ada 4 varian iaitu versi yang ada spesifikasi lagi tinggi untuk setiap varian iaitu Chilli (Cooper) dan juga Wired (Cooper S) seperti yang anda lihat ini.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 04

Kluster instrumennya dilekatkan terus pada kolum stereng supaya pemandu sentiasa dapat melihatnya dengan jelas.

Antara perubahan terbesar pada MINI Cooper generasi F56 berbanding model sebelumnya adalah penggunaan enjin BMW bagi menggantikan unit Prince yang selalu mengalami isu kebocoran minyak.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 05

MINI Cooper versi Chilli.

Secara teknikal, MINI F56 varian Cooper hadir dengan enjin 1.5L turbo 3 silinder B38 dari BMW yang mana ia nadi sama yang diguna pada 3 Series F30 318i. Enjin ini menghasilkan 136 PS/220 Nm dan pecutan 0 – 100 km/j mengambil masa 7.8 saat.

Varian Cooper S juga datang dengan enjin BMW tetapi versi 2.0L turbo B48. Ia menghembuskan 192 PS/280 Nm dan 0 – 100 km/j hanya mengambil masa 6.7 saat.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 06

Apapun, ia tetap dipadankan dengan transmisi automatik 6 kelajuan Aisin, bukannya automatik ZF. Eksklusif untuk Cooper S pula adalah jenis transmisi Sports Auto yang ada Launch Control.

Dari segi kelengkapan, MINI Cooper hanya menggunakan lampu depan jenis halogen. Malah, DRL LED pun tiada. Tetapi kalau anda pilih versi Chilli, ia lengkap dengan lampu depan dan lampu kabus jenis LED seperti yang ada pada Cooper S.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 07

Pada bahagian dalam pula, Cooper hanya datang dengan tempat duduk fabrik dan penyaman udara manual tetapi roda stereng Sports tetap ada. Kit Chilli pula menambah tempat duduk sport berbahan kulit, penyaman udara dwi-zon dan infotainment 6.5 inci.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 08

Untuk Cooper S pula, ia tampil eksklusif dengan siling berbahan Anthracite dan roda stereng John Cooper Works (JCW). Versi Wired pula menambah perehat tangan tengah dan audio Harman Kardon 12 pembesar suara. Menariknya, infotainment yang diguna adalah saiz 8.8 inci yang ada tombol kawalan sesentuh, sama seperti BMW.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 09

Harga dalam pasaran terpakai

Untuk makluman anda, harga model pra-facelift sewaktu mula-mula dikeluarkan dahulu adalah seperti di bawah:

Harga MINI Cooper 3-door F56 pra-facelift sewaktu baru
Varian Harga
Cooper RM 178,888
Cooper Chilli RM 198,888
Cooper S RM 228,888
Cooper S Wired RM 248,888

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 10

  • 2017 Mini COOPER S 5-TURER RHD 2.0

    RM 153,900
    RM 1,615
    /bulan

    65,520 km

    6 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Mini COOPER CLUBMAN 1.5

    RM 138,900
    RM 1,522
    /bulan

    54,963 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Mini COOPER S COUNTRYMAN 2.0

    RM 179,900
    RM 1,971
    /bulan

    73,784 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

Harga dalam pasaran terpakai sekarang untuk model awal 2014 sampai keluaran facelift (2018) pula adalah seperti berikut:

Harga terpakai buat MINI Cooper 3 Door F56 pra-facelift
Varian Julat harga
Cooper RM 97k - RM 142k
Cooper Chilli Sekitar RM 113k
Cooper S RM 120k - RM 150k
Cooper S Wired Sekitar RM 140k

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

Varian mana yang patut anda beli?

Sebenarnya, bergantung pada berapa banyak yang anda mahu, Kalau anda hanya nak gaya, varian Cooper sahaja sudah cukup.

  • 2017 Mini COOPER S 5-TURER RHD 2.0

    RM 153,900
    RM 1,615
    /bulan

    65,520 km

    6 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Mini COOPER CLUBMAN 1.5

    RM 138,900
    RM 1,522
    /bulan

    54,963 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Mini COOPER S COUNTRYMAN 2.0

    RM 179,900
    RM 1,971
    /bulan

    73,784 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

 

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

Tempat duduk sport pada versi Chilli.

Apapun, kalau boleh, pilih versi Chilli kerana ciri tambahan yang ada sememangnya berbaloi dengan harganya.

Kalau anda mahu lebih, pilih terus varian Cooper S tetapi seandainya anda jumpa versi Wired dengan harga yang tidak juah beza, sambar terus.

  • 2017 MINI 3 Door One 1.2

    RM 115,900
    RM 1,358
    /bulan

    44,437 km

    2.5 years

    Petaling Jaya

  • 2017 MINI 3 Door Cooper S 2.0

    RM 148,000
    RM 1,622
    /bulan

    40,038 km

    6 years

    Bayan Lepas

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

Yang bestnya tentang varian Chilli dan Wired adalah ia datang dengan program MINI Service Inclusive 3 tahun. Jadi dari tahun-tahun awal lagi, pemilik asalnya sudah tentu menghantarnya ke pusat servis rasmi, bukannya bengkel luar.

Satu lagi, kalau boleh, cari unit yang diimport masuk oleh MINI Malaysia yang mana ia ada rekod servis penuh. Kalau recond Jepun/UK, takut ada isu perbatuan yang ditipu pula.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 02

Isu umum dan kos penjagaan

Kami telah bercakap dengan rakan dan perunding BMW / MINI di Munich Precision dan menurut mereka, MINI generasi F56 sebenarnya tidak masalah. Kuncinya adalah penyelenggaraan yang mengikut jadual yang ditetapkan.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 03

Apapun, terdapat beberapa pemilik enjin B38 yang mengalami isu kegagalan turbo dan kalau terkena, kos mengganti yang dikenakan adalah sekitar RM 3,800.

Tetapi senang cerita, penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kereta BMW yang pakai enjin B38 atau B48.

Juga bacaMinat BMW? RM 100k untuk BMW 3 Series generasi F30, ini panduan membeli BMW terpakai

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 04

Kos servis dan penjagaan untuk MINI Cooper F56
Perkara / Servis (perbatuan) Kos Item
Servis biasa (10,000 km) ~RM 500 Minyak pelincir + penapis
Servis transmisi (45,000 km) ~RM 900 Minyak ATF + penapis
Servis brek (45,000 km) ~RM 250 Bendalir brek
Spark plug (100,000 km) ~RM 500 Palam pencucuh
Cecair penyejuk (100,000 km) ~RM 350 Pengantian cecair penyejuk
Penapis udara (45,000 km) ~RM 100 Penapis udara enjin
Penapis kabin (45,000 km) ~RM 100 Penapis zarah dan hama

Namun, apa yang penting adalah sebelum anda membeli, cuba dapatkan dahulu pemeriksaan penuh dari bengkel yang pakar atau Munich Precision sendiri yang mana mereka mengecas hanya RM 200.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 05

Konklusi

Bagi anda yang belum tahu, BMW Group pada tahun 2019 telah mencapai satu sejarah yang mana MINI telah terjual sebanyak 5 juta di seluruh dunia.

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 06

Bagi anda yang sudah lama mengidamkan ikon hatchback kompak yang terkenal ini, generasi ketiga iaitu F56 adalah antara model paling tahan lama dan kurang bermasalah yang pernah MINI keluarkan.

  • 2017 Mini COOPER S 5-TURER RHD 2.0

    RM 153,900
    RM 1,615
    /bulan

    65,520 km

    6 years

    Kuala Lumpur

  • 2017 Mini COOPER CLUBMAN 1.5

    RM 138,900
    RM 1,522
    /bulan

    54,963 km

    6.5 years

    Petaling Jaya

  • 2018 Mini COOPER S COUNTRYMAN 2.0

    RM 179,900
    RM 1,971
    /bulan

    73,784 km

    5.5 years

    Kuala Lumpur

MINI Cooper F56 terpakai - hatchback go-kart jalanan, apa benda kena tahu & berapa kos untuk baiki? 01

Kepada yang berminat, Carlist atau Carsome khususnya ada banyak unit terpakai yang dijamin dalam keadaan baik kerana setiap daripada kereta ini telah menjalani pemeriksaan 175-mata sebelum mendapat pengiktirafan Carsome Certified.

Dalam masa yang sama, setiap pembelian turut datang dengan jaminan pulangan wang selama 5 hari serta waranti 1 tahun.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda