window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric!

Faisal · Jun 2, 2021 09:00 PM

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 01

Sebentar tadi, MINI Malaysia baru sahaja melancarkan facelift kedua untuk MINI Cooper S 3 Door, 5 Door, Convertible dan juga Electric.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 02

Keluaran terbaru buat hatchback premium bersaiz kompak yang diimport dari UK ini ditawarkan dengan julat harga RM 217k – RM 274k (harga CBU atas jalan, tanpa insurans, termasuk SST berdiskaun 50%).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
 Harga MINI Cooper facelift 2021
Cooper S 3 Door RM 253,318,69
Cooper S 5 Door RM 261,005,83
Cooper S Convertible RM 274,360,46
Cooper Electric RM 217,470,73

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 01

Pada bahagian luar, MINI Cooper S 2021 tampil dengan pembaharuan roda dan gril yang bersambung dengan bampar bagi menggantikan lampu kabus. Bidai udara juga ditempatkan dalam gril untuk aerodinamik yang lebih baik.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 02

Kini, emblem pada bahagian fender depan dilengkapkan dengan lampu isyarat. Pada bahagian belakang, MINI Cooper S 2021 hadir dengan reka bentuk bampar yang baru untuk nampak lebih lebar.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 03

MINI Electric 2021 juga datang dengan pembaharuan yang sama. Cumanya, lencana E yang ada sebelum ini digantikan dengan lencana S yang berwarna kuning. Selain itu, emblem tepi yang kini hadir dengan lampu isyarat turut datang dengan elemen Electric.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 04

Menariknya, bampar belakang dan reka bentuk roda dikekalkan seperti sebelum ini.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 05

Kabin MINI Cooper S 2021.

Beralih ke bahagian dalam, hatchback premium kompak ini dilengkapkan dengan stereng baru dan corong penyaman udara yang lebih terkini.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 06

Selain itu, infotainment yang kini datang dengan Apple CarPlay turut menyaksikan peningkatan saiz dari 6.5 inci ke 8.8 inci. Tidak cukup dengan itu, bahagian kabinnya dilengkapkan dengan kluster instrumen digital 5 inci, ambient lighting 6 warna, dan pengecas tanpa wayar. 

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 07

Kabin MINI Electric 2021.

Unik untuk MINI Electric ialah ciri Head Up Display dan sistem bunyi Harmon Kardon dengan 12 pembesar suara.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 08

Seperti sebelum ini, MINI Cooper S 2021 dikuasakan oleh enjin 2.0L turbo (192 PS/280 Nm tork) yang dipadankan dengan transmisi DCT 7 kelajuan.

Secara standard, ketiga-tiga model datang dengan ciri bantuan keselamatan ADAS seperti AEB, LDW, bantuan lampu tinggi, dan bantuan parkir.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 09

MINI Electric 2021 pula kekal dengan trenkuasa elektrik yang menghasilkan output sebanyak 184 PS dan 270 Nm tork. Kalau anda nak tahu, jarak pemanduan elektriknya boleh pergi sejauh 234 km untuk sekali cas.

MINI Cooper S facelift 2021 dilancarkan – dari RM 217k, varian 3 Door, 5 Door, Convertible & Electric! 10

Bagi anda yang berminat, boleh layari MINI Online sementara 'lockdown' masih beransur.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia