window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Cooper dan Subaru Impreza harga RM 10k, JPJ Melaka lelong kereta serendah RM 965 sahaja!

Haris ยท Aug 24, 2021 10:15 AM

MINI Cooper dan Subaru Impreza harga RM 10k, JPJ Melaka lelong kereta serendah RM 965 sahaja! 01

Subaru Impreza, MINI Cooper antara kenderaan yang menjadi tumpuan dalam lelongan kenderaan oleh JPJ Melaka. Sebanyak RM1.5 juta dijangka dapat dikumpulkan daripada lelongan 46 buah kenderaan yang dilucut hak dari pelbagai jenama melalui proses pembidaan oleh pihak berkuasa tersebut.

MINI Cooper dan Subaru Impreza harga RM 10k, JPJ Melaka lelong kereta serendah RM 965 sahaja! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengarah JPJ Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, beberapa kenderaan mewah itu adalah kereta klon yang dirampas dalam operasi sebelum ini dan telah dilucut hak sebelum dilelong mulai 6 September dan tamat pada 20 September 2021.

Baca: 14 kereta mewah dirampas, sindiket Dato Ken tumpas – judi online, ah long, cuci wang haram

MINI Cooper dan Subaru Impreza harga RM 10k, JPJ Melaka lelong kereta serendah RM 965 sahaja! 01

“Kita akan melelong sebanyak 46 buah kenderaan dengan nilai terendah pada RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu MINI Cooper dan Subaru Impreza akan dilelong pada harga bermula RM10,000 sahaja,” ujar beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ di Bukit Katil.

Model dengan nilai terendah tersebut merupakan sebuah Toyota Corolla.

MINI Cooper dan Subaru Impreza harga RM 10k, JPJ Melaka lelong kereta serendah RM 965 sahaja! 02

“Dokumen sebut harga boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang serta di laman sosial Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.

“Bagaimanapun, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan kes-kes Covid-19, kita hanya membenarkan seramai 20 orang sahaja hadir untuk lawatan tapak pada setiap hari dan permohonan perlu dibuat melalui Google Form,” katanya.

Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil kesempatan pengurangan saman 70% yang berlaku di seluruh cawangan JPN sekarang hingga 16 September 2021.

Baca: Promo diskaun saman JPJ sehingga 70% sempena Bulan Kemerdekaan 2021

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 MINI 3 Door Electric

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda