window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k!

Haris · Feb 26, 2021 05:30 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kedua-dua model dipasang secara CKD di Kulim, Kedah. Malaysia menjadi pasaran pertama selepas negara Belanda yang ditawarkan model MINI Cooper paling laris secara CKD.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 01

Bagi model S, pemanduan yang sporty dijana oleh enjin 4 silinder 2.0 liter Twin Turbo dengan gandingan transmisi DCT 7 kelajuan automatik. Spesifikasi trenkuasa ini mampu mencatat sehingga 226 km/j kelajuan maksimum dengan kuasa puncak pada 192 PS / 280 Nm.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 02

Atas: model S, bawah: model SE PHEV

Bagi penyelamat alam sekitar pula, model SE dijana oleh enjin 3 silinder 1.5 liter Twin Turbo dengan bantuan motor elektrik dan padanan transmisi 6 kelajuan automatik. Model plug-in hybrid ini memacu semua roda (sistem ALL4) dengan 224 PS / 385 Nm dan mencapai kelajuan maksimum sebanyak 194 km/j.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 03

Tempoh masa pengecasan 0 ke 100% yang didakwa oleh pengeluar adalah selama 5 jam bagi pengecas 2.3 kW manakala hanya 3 jam 15 minit bagi pengecas 3.7 kW. Kesemua pembeli MINI Cooper SE Countryman diberi kabel pengecas standard secara percuma.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 04

Kedua-dua model MINI Cooper Countryman yang ditampilkan berkongsi banyak ciri-ciri luaran. Antaranya gril, bampar hadapan dan belakang yang lebih minimalis dengan tona warna ‘Piano Black Exterior Optic’. Lampu belakang juga menerima sentuhan jata ‘Union Jack’ sebagai penghormatan kepada tempat kelahiran jenama MINI.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 05

Selain itu, perbezaan di bahagian luar pula adalah pada rekaan rim. MINI Cooper S Countryman menggunakan rim 19 inci jejari ‘Turnstyle’ manakala MINI Cooper SE Countryman mengenakan rim 19 inci jejari ‘Yours British’

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 06

Atas: Turnstyle Spoke. Bawah : Yours British Spoke

Bergerak ke bahagian dalam pula, kedua-duanya masih menggunakan tema yang sama iaitu kemasan kulit pada kerusi dan stereng serta susun atur kabin kecuali pada tombol gear. MINI Cooper S Countryman menggunakan tombol gear petak manakala tombol gear MINI Cooper SE Countryman menggunakan tombol gear bulat konvensional.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 07

Atas: Model S. Bawah: Model SE PHEV

Pemanduan dibantu oleh panel instrumen digital 5 inci dengan paparan HUD dan sistem infotainment 8.8 inci skrin sesentuh dengan pelbagai fungsi kawalan. Bagi audiofil, kedua-duanya disertakan dengan sistem audio 12 pembesar suara kejituan tinggi (High Fidelity) Harman Kardon.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 08

Bagi kelengkapan keselamatan pula, pakej Bantuan Memandu merangkumi Bantuan Lampu Tinggi, Amaran Pejalan Kaki, Bantuan Brek ringan dalam bandar dan Amaran Objek Hampir. Fungsi Amaran Objek Hampir dan Brek Kecemasan Automatik akan berfungsi pada jarak sekitar 10 km/j sehingga 60 km/j.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 09

MINI Cooper Countryman boleh didapati dalam 6 warna iaitu Chili Red, White Silver, Island Blue, Thunder Grey, British Racing Green dan Sage Green.

Bagi model SE, pembeli akan menerima langganan Charge EV selama setahun tanpa had. Terdapat 300 port pengecasan awam di seluruh Malaysia untuk kemudahan pelanggan.

MINI Countryman facelift 2021 dilancarkan, model S dan SE PHEV, harga dari RM 244k! 10

Harga bagi MINI Cooper S Countryman adalah RM 244,265.76 manakala model MINI Cooper SE Countryman PHEV adalah RM 254,461.84. Harga ini termasuk dengan pakej Servis dan Baikpulih MINI selama 4 tahun. Harga tanpa SST dan cukai jalan tersebut sah sehingga 30 Jun 2021.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 MINI Countryman Cooper SE PHEV

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda