window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish

Khairil ยท Oct 24, 2021 08:30 PM

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 01

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2021 menutup tirainya, hari ini yang menobatkan pelumba dari Selangor, Farres Putra Mohammad Fadhill sebagai juara keseluruhan bersama habuan tiket ke Valencia, Sepanyol.

Berakhir pusingan 4 yang juga pusingan terakhir Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2021 Litar Antarabangsa Go-Kart Sepang, Farres cemerlang selaku juara selepas mengumpul keseluruhan 135 mata.

Juga baca: Ohvale perkenal replika MiniGP 2021 dengan 'livery' Petronas Yamaha SRT, harga RM 48,286!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 01

Aksi Farres (23) di atas litar

Naib juara menjadi milik Emil Idzhar Ezuan yang mengumpul keseluruhan 122 mata dengan Farish Hafiy Farid Sezli ketiga selepas mengutip 120 mata.

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 02

Aksi Emil (20) dan Farres (23) bersaing merebut kemenangan

Selaku naib juara dan pemenang tempat ketiga, Emil dan Farish akan mengikuti Farres ke Valencia untuk beraksi dalam saingan FIM MiniGP World Series yang dijadual pada bulan depan.

Juga baca: MiniGP 2021: Emil, Farres bukti kejaguhan, kongsi 2 kemenangan di pusingan 1 dan 2!

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 03

Aksi Farish (20) di atas litar

Sementara itu dalam saingan SIC Ohvale Junior Championship yang masih berbaki 2 pusingan, penunggang cilik Terengganu, Qabil Irfan terus unggul untuk mendudukan carta pendahulu keseluruhan.

Selepas pusingan 4, Qabil mengumpul keseluruhan 184 mata dengan seorang lagi pelumba Terengganu, Adam Danial mendudukan tangga kedua dengan 151 mata. Pelumba Negeri Sembilan, Shah Putra mengisi tempat ketiga dengan 119 mata.

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 04

Barisan pelumba negara yang bakal beraksi di Valencia, Sepanyol

Zulfahmi Khairuddin yang juga pengendali perlumbaan Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2021 merangkap Pengurus ZK Racing menyifatkan rata-rata pelumba menunjukkan peningkatan dalam perlumbaan.

MiniGP: Tiket ke Valencia jadi milik Farres, Emil, Farish 05

"Pelumba dilihat sudah berupaya memberikan ‘feedback’ dengan lebih baik dan lebih memahami konsep perlumbaan. Cuma, ini perlu terus dipertingkatkan dan saya yakin sekiranya mereka dapat meneruskan penyertaan dalam program ini, mereka akan menjadi para pelumba yang lebih mantap pada masa akan datang."

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda