Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus?

Faisal · Dec 13, 2020 06:00 PM

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 01

Brek merupakan komponen keselamatan yang paling penting ketika anda memandu. Tanpa brek yang berkesan, anda tidak mampu memperlahankan kereta dengan selamat dan tepat. Walaupun jenama kereta yang berlainan menggunakan talaan yang tersendiri (pedal brek yang perlu ditekan dalam atau sebaliknya), yang pastinya kereta sepatutnya berhenti mengikut kehendak pemandu. Untuk itu, adalah penting untuk sistem brek berada dalam keadaan baik supaya keselamatan anda sentiasa terjamin.

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 02

Imej: Volkswagen

Salah satu komponen tunjang pada sistem pemberhentian kereta ialah minyak brek. Minyak brek berfungsi secara hidraulik dimana ia menghantar tekanan pedal brek kepada brake pad untuk mengenggam disc brake. Maka itu, roda yang berputar selari dengan disc brake ini akan memperlahankan kenderaan apabila pedal brek ditekan. Lebih kuat tekanan pedal brek, lebih kuatlah ia akan mengenggam roda untuk memperlahankan kereta.

Apa yang menjejaskan prestasi minyak brek?

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 01

Imej: AutoLab

Minyak brek boleh menyerap kelembapan dari persekitaran (sifat hygroscopic). Secara asasnya, geseran antara brake pad dan disc brake menghasilkan haba yang tinggi lebih-lebih lagi ketika memandu secara rancak ataupun menuruni bukit. Perkara ini sekaligus mendidihkan minyak brek. Apabila minyak brek menjadi panas, kelembapan yang terkandung boleh bertukar menjadi wap air.

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 02

Imej: RaceBrakes

Perkara inilah yang mengakibatkan pedal brek terasa seperti perlu ditekan kuat untuk memberhentikan kereta kerana wap air tersebut telah menganggu tekanan hidraulik.Maka itu, adalah penting untuk anda menggunakan minyak brek yang sesuai supaya ia boleh menguruskan kelembapan ini dengan baik.

Apa maksud DOT pada minyak brek?

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 03

DOT bermaksud Department of Transport. Ia menandakan perbezaan dari segi prestasi minyak brek tersebut. Secara umumnya, penarafan DOT adalah berdasarkan dry boiling point dan wet boiling point.

Jenis Dry Boiling Point  Wet boiling point Kandungan
DOT 3 205 °C 140 °C Glycol Ether
DOT 4 230 °C 155 °C Glycol Ether/Borate Ester
DOT 5 260 °C 180 °C Silikon
DOT 5.1 260 °C 180 °C Glycol Ether/Borate Ester

Untuk maklumat anda, majoriti kereta menggunakan minyak brek DOT 3. Dengan peningkatan pada penggunaan teknologi kawalan kestabilan dan brek kecemasan automatik, minyak brek DOT 4 sudah mula diguna oleh kebanyakan kereta zaman sekarang. Minyak DOT 5 pula mengunakan kandungan silikon dimana ia tidak boleh menyerap air. Oleh itu, minyak brek ini kebiasaanya digunakan pada kereta klasik yang hendak disimpan untuk tempoh yang lama. Untuk kegunaan yang lasak dan prestasi yang lebih tinggi, minyak brek DOT 5.1 lebih sesuai.

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 04

Imej: CarThrottle

Untuk pengetahuan anda, boiling point pada minyak brek menandakan suhu dimana minyak brek mula mengewap (vaporize). DOT yang lebih tinggi berupaya mengawal kelembapan pada suhu tinggi dengan lebih baik. Oleh yang demikian, kereta lumba kebiasaanya menggunakan minyak brek DOT 5.1.

Apa beza di antara dry dan wet boiling point?

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 05

Imej: Midas

Dry boiling point diuji menggunakan minyak sebanyak 100% manakala wet boiling point menggunakan minyak yang mengandungi kandungan air sebanyak 3.7%. Oleh itu, bacaan wet boiling point menunjukkan senario yang sebenar ketika minyak tersebut digunakan pada sistem brek kereta anda.

Konklusi

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 06

Imej: mynrma

Walaupun DOT yang lebih tinggi lebih baik, sesetengah daripada minyak brek ini mungkin tidak serasi dengan sistem brek kereta anda. Walau apapun, anda dinasihatkan untuk merujuk buku panduan kenderaan terlebih dahulu sebelum menggantikan minyak brek yang baru.

Minyak brek DOT 3, DOT 4, & DOT 5 – mana paling bagus? 07

Sebagai langkah penjagaan, anda disarankan menukar minyak brek untuk setiap 2 tahun bagi mengelakkan komponen dalaman daripada berkarat akibat oleh kelembapan yang terhasil. Pada masa yang sama, anda boleh memeriksa paras minyak brek dari semasa ke semasa supaya ia sentiasa mencukupi. Kekurangan minyak brek boleh menjejaskan tekanan hidraulik dimana ia memberi kesan terhadap prestasi brek kereta anda. Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2018 Honda City 1.5 S

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru