window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu!

Faisal · Feb 19, 2022 12:00 PM

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 01

Minyak enjin PALSU diibarat seperti barah dalam dunia automotif. Ia sentiasa ada walaupun anda mungkin tidak perasan akan kewujudannya.

Baru-baru ini, saluran The Honda Guys di Youtube telah bekerjasama dengan pengedar Honda Ban Lee Heng Motor di Seremban untuk memberi kesedaran akan penggunaan minyak enjin yang palsu dan bagaimana hendak membezakannya supaya enjin Honda anda tidak jahanam.

Juga baca“Bila kena tukar minyak enjin eh?” – 4 tips mudah untuk anda!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk makluman anda, Ban Lee Heng Motor adalah pengedar Honda yang paling fanatik dimana mereka ada beberapa koleksi kereta-kereta Type R.

Juga bacaLebih 80 unit Honda Type R menyerikan pembukaan bilik pameran 3S baharu Ban Lee Heng di Melaka!

Dalam episod kali ini, Vijay dari The Honda Guys menekankan apa tanda-tanda minyak enjin tersebut palsu dan bagaimana ia boleh terlepas sebagai item Honda yang tulen.

1. Pelekat yang tidak berapa jelas atau menyerlah

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 01

Perkara pertama yang paling mudah untuk anda kesan adalah kualiti pelekat di bahagian depan pada botol minyak enjin tersebut dimana yang palsu akan nampak kabur dan tidak berapa terang.

2. Warna penutup botol yang nampak kusam

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 02

Kalau anda lihat pada gambar di bawah, penutup botol yang palsu nampak lebih kusam dan tulisan ‘HONDA’ itu sendiri betul-betul di bahagian tengah penutup tersebut.

3. Warna minyak pelincir yang nampak terlalu pekat

Dalam video yang mana ketika mereka tuam minyak enjin palsu, anda akan perasan bahawa warnanya nampak terlalu pekat. Untuk minyak yang masih baru, warnanya tidak sepatutnya di tahap itu lagi.

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 03

Untuk pengetahuan anda, waranti kereta Honda anda sendiri boleh terbatal sekiranya mereka berjaya mengesan minyak enjin yang palsu.

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 04

Kalau anda nak tahu, penapis minyak yang palsu juga berleluasa di pasaran kita. Antara cara paling mudah nak tahu yang palsu adalah saiz dan warna yang sedikit lari berbanding yang tulen.

Secara teknikal, penapis minyak yang palsu tidak mampu menapis zarah minyak yang tidak diperlukan secara berkesan. Kalau guna juga, sisa-sisa ini boleh masuk ke dalam enjin dan boleh mengakibatkan kerosakan komponen dalaman.

Minyak enjin Honda – banyak yang 'palsu' sampai VTEC tak 'function', ini 3 tips untuk tahu! 05

Jadi, berwaspadalah dan teliti betul-betul akan dua item Honda ini. Kalau nak senang, dapatkan terus di kedai Ban Lee Heng di Lazada dan Shopee.

Juga bacaKoleksi Honda Type R paling rare di Malaysia kini di Pusat 3S Honda Seremban!

Menariknya, pemilik Honda model recond juga boleh menghantar kereta mereka ke mana-mana pusat servis Honda bagi mendapat jaminan servis yang kualiti dan alat ganti yang tulen.

Juga baca: Honda Malaysia perkenal minyak pelincir gred baharu bagi memastikan VTEC sentiasa 'kick in'!

Selamat beramal!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda