window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi

Haris ยท Jul 8, 2020 10:00 AM

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi 01

Tahukah anda, Dummy Buckle sebenarnya direka dan disasarkan untuk golongan pemandu yang berbadan besar.

Namun, kami pasti ramai yang sedia maklum bahawa Dummy Buckle rata-ratanya disalahgunakan untuk menyahaktif sistem amaran tali pinggang keledar.

Justeru itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menggesa agar satu peraturan diwujudkan agar mengawal atau melarang penjualan Dummy Buckle ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi 01

Dr Khairil Anwar Abu Kassim. Kredit: Berita Harian

Ujar Ketua Pengarahnya, Dr Khairil Anwar Abu Kassim, penjualan aksesori kereta tertentu termasuk penyambung tali keledar adalah dibenarkan berikutan tiada undang-undang yang mengawal penjualannya di pasaran.

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi 02

"Peralatan ini tidak pernah 'tidak sah' dan ia boleh dijual di pasaran walaupun di kedai serbaneka, sedangkan jelas ia amat berbahaya jika digunakan pemandu kenderaan.

"Justeru, saya berasakan perlu diwujudkan satu undang-undang yang boleh mengawal atau menyekat penjualan aksesori kenderaan yang berbahaya kepada pengguna," katanya mengikut laporan Berita Harian.

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi 03

Pelbagai aksesori kenderaan menjadi kegilaan peminat kereta kini didapati berleluasa akibat mudah didapati, nampak menarik dan senang dipasang.

Selain daripada Dummy Buckle, lampu brek ‘ice blue’ turut menjadi kegilaan masa kini.

Difahamkan bahawa Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM telah mengeluarkan sebanyak 9,000 saman terhadap penyalahgunaan lampu brek ‘ice blue’ ini.

MIROS gesa haramkan penjualan Dummy Buckle akibat risiko kemalangan yang tinggi 04

Gesaan yang dibuat MIROS adalah berasas kerana penggunaan Dummy Buckle mampu mempengaruhi fungsi beg udara.

Hal ini kerana, Dummy Buckle tidak mampu mengaktifkan mengaktifkan beg udara apabila berlaku impak pelanggaran ketika kemalangan.

Penggunaan Dummy Buckle memang boleh membahayakan pemandu, oleh itu pengguna haruslah lebih bertanggungjawab dalam penggunaan aksesori kereta yang dibeli.

Sumber: Berita Harian

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda