window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE

Khairil · Mar 4, 2021 09:00 AM

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE 01

Teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) bukan sesuatu yang baharu dalam dunia automotif namun penggunaannya dalam segmen motosikal berkuasa rendah terutama kapcai di Malaysia boleh dianggap 'rare'.

Berikutan itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menjalankan penyelidikan khusus terhadap teknologi berkenaan.

Dan untuk tujuan itu dan beberapa lagi kajian berkaitan, MIROS mendapat sokongan daripada syarikat pengedar motosikal Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd yang bertindak memberikan sebuah motosikal kapcai jenama SYM model VF3i 185 LE.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE 01

Ketua Pengarah Miros, Dr Khairil Anwar Abu Kassim

Sebagai info, ABS adalah sistem yang digunakan bagi mengelakkan roda daripada terkunci dan mengakibatkan motosikal tergelincir dan kebiasannya mengakibatkan penunggangnya jatuh.

Selain kajian terhadap ABS, antara ujian lain yang akan dibuat MIROS menggunakan motosikal berkenaan adalah mengenai kejian terhadap reaksi penunggang motosikal semasa berhadapan dengan situasi kecemasan.

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE 02

Reaksi penunggang motosikal adalah satu cara untuk mengetahui tahap kecekapan di kalangan penunggang. Selain itu, ia juga akan digunakan untuk menjalankan latihan penunggangan defensif di dalam Program Sokongan Keselamatan Perjalanan (CSSP).

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE 03

Selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2021-2030 ke arah menghasilkan kenderaan yang lebih selamat bagi pengguna jalan raya, kerjasama diantara MIROS dan MForce ini diharap berterusan. 

Begitupun seperti diketahui, teknologi ABS tidak murah dan penggunaannya akan meningkatkan lagi harga sesebuah kenderaan.

MIROS uji teknologi ABS untuk kapcai, guna SYM VF3i 185 LE 04

Sehingga kini, satu-satunya motosikal kapcai yang mempunyai teknologi ABS ialah SYM VF3i 185 LE yang dijual pada tanda harga RM 9,338 ketika ia dilancarkan pada pertengahan tahun lalu

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda