window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011!

Khairil ยท Feb 6, 2023 06:00 PM

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011! 01

Mungkin kerana minat yang mendalam terhadap motosikal 'lejen' Yamaha RX-Z, seorang lelaki melakukan sesuatu yang boleh dianggap 'ajaib' selepas berjaya mengumpulkan deretan unit Yamaha RX-Z Catalyzer yang dihasilkan dari tahun 2003 hingga 2011.

Seperti diketahui, sekalipun produksinya sudah ditamatkan, motosikal dua lejang Yamaha RX-Z kekal menjadi kegilaan ramai anak muda termasuk generasi terakhirnya dikenali Yamaha RX-Z Catalyzer.

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011! 02

Sumber imej: FB Danish Meng

Malah, jika kondisi motosikal berkenaan masih lagi 'asli' atau versi NOS (New Old Stock)  dan dijaga rapi, ia boleh dijual pada harga yang boleh dikatakan 'tak masuk akal' mencecah puluhan ribu, malah ratusan ribu ringgit.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbalik kepada koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer yang dinyatakan, ia dimulakan dengan hantaran seorang lelaki di Facebook dikenali Danish Meng yang memaparkan deretan motosikal berkenaan bersama kapsyen: "Mission Complete Full Catalyzer 2003 - 2011."

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011! 01

Dan hantaran yang memaparkan 11 unit Yamaha RX-Z Catalyzer itu seperti biasa tular dan mendapat perhatian penggemar motosikal berkenaan.

Sedikit info, Yamaha RX-Z buat pertama kali diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 1985 dengan generasi terakhir adalah Yamaha RX-Z Catalyzer yang membuat kemunculan pada tahun 2003.

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011! 02

Produksi motosikal yang sememangnya 'panas' sejak dulu lagi itu diteruskan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) sebelum ia dihentikan pada tahun 2003 berikutan piawaian emisi dan sebagainya.

Meneliti profil Danish Meng, individu berkenaan boleh dianggap 'otai' dan cukup terkenal dalam komuniti Yamaha RX-Z dan turut aktif dalam aktiviti sukan drag menggunakan Yamaha RX-Z.

Misi terlaksana, lelaki ini berjaya lengkapkan koleksi Yamaha RX-Z Catalyzer keluaran 2003 hingga 2011! 03

Tidak diketahui sama ada kesemua motosikal milik Danish Meng itu adalah untuk simpanan sendiri atau dijual namun apa yang berjaya dilakukan memang boleh mendapat 'tabik'. 

Juga baca: Yamaha RX-Z versi baharu di Malaysia. Realiti atau sekadar spekulasi liar?

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda