window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Misubishi Xpander Cross 2022 facelift dirasmikan di Indonesia, dari RM 93.7k, kabin ala Pajero Sport!

Faisal · Aug 12, 2022 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bagi anda yang belum tahu, Xpander Cross facelift atau model 2022 ini merupakan varian teratas untuk Xpander di Indonesia. Nama Cross pula menandakan versi ala SUV untuk Xpander yang kita kenal selama ini.

Misubishi Xpander Cross 2022 facelift dirasmikan di Indonesia, dari RM 93.7k, kabin ala Pajero Sport! 01

Antara perubahan yang diterapkan pada bahagian luar adalah lampu depan berunsur huruf T, sama seperti Xpander facelift dan reka bentuk roda yang baru.

Misubishi Xpander Cross 2022 facelift dirasmikan di Indonesia, dari RM 93.7k, kabin ala Pajero Sport! 02

Kini dengan elemen yang diambil dari Pajero Sport

Masuk ke dalam, terdapat beberapa pembaharuan yang diterapkan supaya Xpander Cross tampil lebih moden. Antaranya seperti pengecas tanpa wayar, infotainment 8 inci yang ada kamera 360-darjah dan reka bentuk stereng yang diambil dari Pajero Sport. Bercakap mengenai ini, kluster digital yang baru juga diambil dari Pajero Sport.

Selain itu, terdapat ciri baru seperti brek parkir elektrik, brek Auto Hold, pemanas tempat duduk dan penapis penyaman udara jenis macron.

Misubishi Xpander Cross 2022 facelift dirasmikan di Indonesia, dari RM 93.7k, kabin ala Pajero Sport! 03

Dari segi harga, Mitsubishi Xpander Cross 2022 bermula dari julat 309,950,000 Rupiah ke 335,750,000 Rupiah (~RM 93.7k – RM 101.5k). Secara teknikal, varian paling bawah datang dengan transmisi manual manakala varian lebih atas diperbaharui dengan transmisi CVT bagi menggantikan kotak gear automatik 4 kelajuan yang terdahulu.

Apapun, di Malaysia, Xpander facelift pasti akan tiba tidak lama lagi. Jadi untuk itu, sama-sama kita tunggu.

Juga baca

Gambaran dekat: Mitsubishi Xpander facelift 2021 – kini dengan transmisi CVT & brek parkir EPB

Selepas Indonesia, Mitsubishi Xpander facelift 2022 kini di Thailand, 4AT diganti CVT, Malaysia bila?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda