window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Top_pc', [ [ 728, 90 ] ], 'div-gpt-ad-1677034384063-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1677034384063-0'); });

MITI rangka dasar khusus untuk EV, projek CKD mungkin menyusul 2 tahun lagi

Mersita · Mar 15, 2023 09:00 AM

MITI rangka dasar khusus untuk EV, projek CKD mungkin menyusul 2 tahun lagi 01

Satu dasar khusus untuk kenderaan elektrik (EV) sedang dirangka oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai persediaan untuk pertumbuhan industri mobiliti elektrik lebih progresif yang mendatang.

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong, berkata perangkaan dasar ini dilaksanakan oleh satu jawatankuasa khas EV di bawah kementeriannya dan kerajaan memerlukan sedikit masa lagi untuk menggariskan masa depan EV di Malaysia.

MITI rangka dasar khusus untuk EV, projek CKD mungkin menyusul 2 tahun lagi 02

Setiausaha Agung MITI, Datuk Seri Isham Ishak, mencuba sendiri EV Ora Good Cat pada Rabu lalu

Juga baca: GWM Malaysia serah Ora Good Cat kepada MITI untuk pandu uji, kenali EV

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Antara tugas jawatankuasa khas tersebut adalah untuk meneliti dan mengendalikan kelulusan pengeluar, pengimport, dan jenama yang boleh dibawa masuk ke dalam pasaran domestik kita. Selain itu, jawatankuasa ini juga menggalas tanggungjawab dalam hal-hal berkaitan stesen pengecas serta rangkaian elektrik dan elektronik pengeluar EV.

MITI rangka dasar khusus untuk EV, projek CKD mungkin menyusul 2 tahun lagi 01

EV Nissan Leaf facelift 2023

Juga baca: Kereta elektrik (EV) Nissan Leaf facelift 2023 dilancar di Malaysia - RM 7k lagi murah daripada dulu

Chin Tong dalam jawapan lisannya dan sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam turut berkata pembuatan EV secara domestik (CKD) juga mungkin akan menyusul dalam tempoh sehingga dua tahun lagi.

Perubahan besar dari segi harga pengeluaran dan kereta turut dijangka berlaku, selain persaingan dan peralihan pengguna daripada kenderaan enjin pembakaran kepada EV yang akan dilihat di masa akan datang, jelasnya lagi.

Juga baca: EV-R, kereta elektrik Rakyat akan lancar 2 EV CKD China di Malaysia - jarak pandu 200 km, harga Myvi!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City 1.5V Sensing

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda