window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi ASX 2023 bakal kembali September ini sebagai model hibrid, mungkin berasaskan Renault Captur!

Zamil Syaheer · Jun 9, 2022 08:00 PM

Mitsubishi ASX 2023 bakal kembali September ini sebagai model hibrid, mungkin berasaskan Renault Captur! 01

Model SUV kompak Mitsubishi ASX 2023 serba baru akan membuat penampilan sulungnya pada bulan September tahun ini. ASX bakal menggunakan platform CMF-B Renault-Nissan-Mitsubishi Alliance dan akan dikeluarkan di kilang Renault Valladollid di Sepanyol.

Mitsubishi ASX 2023 bakal kembali September ini sebagai model hibrid, mungkin berasaskan Renault Captur! 02

Garisan yang lebih aerodinamik, berbeza dengan garis lurus dan berkotak model sebelumnya

Dengan info ini, ia bermakna Mitsubishi ASX menggunakan platform dan asas kepada Renault Captur. Butiran lebih lanjut belum ada, tetapi kami tahu ASX generasi seterusnya akan mempunyai rangkaian kuasa hibrid (HEV) dan hibrid plug-in (PHEV).

Mitsubishi ASX 2023 bakal kembali September ini sebagai model hibrid, mungkin berasaskan Renault Captur! 03

Outlander PHEV semasa

Ditujukan untuk pasaran Eropah, ASX PHEV akan menjadi SUV ketiga Mitsubishi dengan teknologi itu selepas Outlander dan Eclipse Cross PHEV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Rekaan maskulin, ciri moden: Mitsubishi Outlander 2022 serba baru rasmi didebut

Frank Krol, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Eropah mengulas: "Format SUV terus berkembang popular di Eropah, dan dengan hibrid plug-in menjadi arus perdana, kami bersedia untuk membina warisan itu dengan ASX generasi akan datang. Kami sedang melihat jauh ke hadapan untuk menawarkan pelanggan semasa dan akan datang tambahan barisan model yang sangat kompetitif di pasaran.”

Mitsubishi ASX 2023 bakal kembali September ini sebagai model hibrid, mungkin berasaskan Renault Captur! 01

Rupa terkini ASX - dijual sebagai RVR di Jepun - model tidak tersedia di sini

ASX akan datang bakal menggantikan model semasa yang dijual sejak tahun 2010 dan masih dalam pengeluaran. Dengan hayat produk yang panjang, ia merupakan salah satu model Mitsubishi yang paling berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan hampir 380,000 unit terjual sejak 2010.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Mitsubishi ASX 2WD

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda