window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos!

Haris Β· Aug 1, 2020 03:40 PM

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 01

Umum sedia mengetahui, 2 antagonis perang dunia dari Timur dan Barat berkemungkinan besar tidak akan menyatu. Namun dalam aspek pembuatan kereta, kedua-duanya adalah sebuah jenama yang tidak asing lagi.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 02

AMG merupakan bengkel tuner yang terkenal dengan kereta-kereta Mercedez Benz. Sebelum Mercedez Benz membeli AMG pada tahun 1999, AMG hanyalah sebuah bengkel tuner dengan reputasi yang hebat dan bebas dari pengaruh mana-mana jenama.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 01

Justeru itu, tidak hairanlah bahawa AMG menyahut panggilan Mitsubishi pada ketika itu. Hasil daripada kerjasama 2 pihak yang dilihat tidak mungkin bersatu ini, maka lahirlah sebuah kereta lagenda Mitsubishi Galant AMG!

Harga

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 02

Mitsubishi Galant AMG dijual dari tahun 1989 hingga 1991. Sudah tentulah, jenama AMG menambahkan lagi tanda harganya. Pada awal pembabitannya, Mitsubishi Galant AMG dijual pada harga JPY 167,000 (RM 6739.19).

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 03

Harga tersebut mengekori harga Mitsubishi Galant ZR-4 yang merupakan varian Mitsubishi Galant paling tinggi. Namun adakah harga tersebut berasas apabila Mitsubishi Galant AMG tersebut tidak ditawarkan dengan 4WD dan turbo?

Kepakaran dan prestasi tambahan

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 04

Khabar angin mengatakan bahawa AMG menggugurkan enjin VR4 paling berkuasa dan sistem pacuan empat roda kerana terlalu berat. Namun, AMG melakukan talaan yang cukup untuk pacuan roda hadapan, enjin NA sebagai alasan mereka bagi harga premium tersebut.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 05

Di bawah hud, enjin 4G63 (enjin Evo) menerima piston mampatan tinggi, spring injap titanium, rocker berongga dan pengambilan udara khas untuk pembakaran yang lebih baik.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 06

Sistem pengurusan enjin dengan pemetaan semula menjadikan semuanya selaras - dan hasilnya adalah 170 PS dan 191 Nm @ 5,000 rpm. Ini mencerminkan prestasi ujian pecutan 0-100 km/j yang mengambil masa hanya 8.1 saat.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 07

Enjin ini mampu mencapai sehingga 8,000 rpm dan kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan.

Jika anda peminat Mitsubishi Galant sudah tentu anda menemui dua jenis varian iaitu Mitsubishi Galant AMG Type I dan Type II. Tiada perbezaan antara keduanya selain daripada perubahan kosmetik. Kedua-duanya masih menggunakan aspek teknikal yang sama.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 08

Type I mempunyai bodykit dan trim tempat duduk yang lebih agresif (mungkin disasarkan untuk pembeli muda) dan penampilan Type II lebih cool bagi memenuhi permintaan pembeli yang lebih matang.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 09

Selain bahagian badan, penampilan kedua-duanya dihiasi dengan roda AMG 15-inci dan lencana AMG di bahagian depan, sisi dan belakang.

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 10

Pada bahagian dalamnya pula, kedua-dua model ini mendapat hiasan kayu asli pada pintu dan tombol gear, serta tempat duduk dan stereng yang lebih sporty. Penyaman udara automatik didatangkan standard dengan pilihan cruise control.

Pengeluaran dalam kuantiti terhad

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 11

Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi tetapi anggaran mengatakan bahawa hanya 500 unit Mitsubishi Galant ini dibina dan semuanya dijual di Jepun. Begitulah sebuah kisah gabungan jenama kereta terkenal Timur dan Barat dalam menghasilkan sebuah kereta yang...keliru?

Mitsubishi Galant AMG - Bukan lagenda. Mitos! 12

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda