window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran

Faisal · Jan 6, 2022 02:31 PM

Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran 01

Pengedar rasmi Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) berjaya meraih jualan sebanyak 17,489 kenderaan sepanjang tahun 2021. Prestasi ini menunjukkan peningkatan jualan sebanyak 91% berbanding tahun 2020 sebelumnya.

Lonjakan jualan ini sebenarnya datang dari Mitsubishi Xpander yang mana ia baru sahaja mencapai prestasi tahunan terbaik setakat ini (7,397 unit).

Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Secara tidak langsung, Mitsubishi Xpander sekarang adalah crossover 7 tempat duduk paling laku di Malaysia. Untuk makluman anda, kedudukan ini dahulunya dipegang oleh Honda BR-V.

Trak pikap Mitsubishi Triton juga menunjukkan peningkatan yang mana ia berjaya meraih jualan tahun 2021 sebanyak 9,268 unit. Untuk pengetahuan anda, prestasi jualan trak pikap ini meningkat 34% berbanding tahun 2020.

Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran 01

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, jualan Xpander yang betul-betul cemerlang juga dimainkan peranan oleh lanjutan insentif cukai jualan SST. Apapun, pihak MMM akan kekal mempertingkatkan produksi Xpander bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kata beliau juga, pasaran Mitsubishi yang semakin berkembang di Malaysia adalah petanda bahawa mereka sememangnya meletakkan kepuasan pelanggan di standard yang tinggi dan ianya masih kekal sebagai keutamaan.

Mitsubishi Malaysia cemerlang pada 2021, Xpander kini crossover 7 penumpang No.1 di pasaran 02

Berkenaan kes banjir baru-baru ini, Mitsubishi Motors Malaysia turut meluahkan rasa simpati. Untuk kenderaan pemilik yang mengalami kerosakan banjir, MMM akan menawarkan diskaun 30% untuk alat ganti tulen dan 50% untuk kos upah bermula hari ini sehingga 20 Januari 2022. Di samping itu, khidmat tunda percuma juga akan diberi.

Apa yang pelanggan perlu buat hanyalah berhubung dengan Mitsubishi Assist 24Hrs (MA24) di 1-800-88-2166.  Untuk pemilik yang menggunakan khidmat tunda tanpa bantuan MA24 dan lindungan insurans, mereka akan mendapat rebat sebanyak RM 300.

Juga bacaMitsubishi Motors Malaysia umum program bantuan banjir, maklumat lanjut di sini!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda