Model trak pikap dengan aksesori tambahan adalah trend yang sedang melanda pasaran ketika ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika Mitsubishi Motors Malaysia turut mengumumkan pelancaran model Mitsubishi Triton Athlete pada 8 April 2021 jam 10 pagi.
Model trak pikap dengan aksesori tambahan adalah trend yang sedang melanda pasaran ketika ini. Justeru itu, tidak hairanlah jika Mitsubishi Motors Malaysia turut mengumumkan pelancaran model Mitsubishi Triton Athlete pada 8 April 2021 jam 10 pagi.
Model Mitsubishi Triton Athlete adalah trak pikap gaya hidup daripada Mitsubishi. Ia pertama kali dilancarkan pada tahun 2019, seperti biasa di Thailand dan hanya menjengah ke Malaysia pada tahun 2021. Kehadiran Mitsubishi Triton Athlete juga akan menyaksikan ia menjadi model teratas dalam barisan trak pikap Triton.
Antara aksesori dan perincian tambahan yang ketara pada Mitsubishi Triton Athlete ini adalah pada rekaan gril Dynamic Shield berwarna hitam.
Pada bahagian belakang pula, nama ATHLETE terpampang kecil pada ruangan bawah pintu but belakang. Selain itu, ia juga dilengkapi roda aloi berwarna hitam, stiker Triton Athlete bercorak agresif dan palang sport.
Pada bahagian dalam pula Triton Athlete dihiasi dengan kemasan kulit sintetik dua tona hitam-oren. Tanda nama ATHLETE disulam pada kerusi kulit manakala terdapat jahitan oren pula boleh didapati pada tombol gear, panel pintu dan brek tangan.
Kotak simpanan konsol tengah turut menggunakan warna oren dan karpet kabin eksklusif juga bersulam tanda nama ATHLETE berwarna oren.
Untuk aspet trenkuasa pula, Mitsubishi Triton Athlete menggunakan enjin empat silinder 2.4 liter bercaj turbo diesel 4N15 MIVEC VGT dengan gandingan transmisi 6 kelajuan automatik. Padanan ini mampu memberikan sehingga 182 PS kuasa kuda dan 430 Nm tork.
Kelengkapan lain yang disertakan adalah tempat duduk pemandu elektronik 8-arah, sistem penyaman udara dwi-zon automatik, corong penyaman udara penumpang belakang, Suis penghidup Cruise Control dan sistem infotainment asas.
Sebagai sebuah model gaya hidup, tentunya ia dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti 7 beg udara, Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist , Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS) dan Auto High Beam (AHB). Kesemua ini adalah ciri yang sama terdapat pada model Mitsubishi Triton Adventure X.
Model Triton paling atas pada masa ini berharga sekitar RM 135,200, justeru jangkakan peningkatan 5 angka berdasarkan harga tersebut. Mitsubishi Triton Athlete turut bersaing untuk merebut perhatian kerana beberapa trak pikap lain bakal menbuat penampilan pada bulan April 2021 iaitu Nissan Navara facelift 2021 dan Isuzu D-Max generasi baharu.
Bacaan Lanjut:
Nissan Navara NP300 (D23) 2021 facelift – Ada apa yang baru?
Stok Isuzu D-Max di Malaysia nak habis, model serba baru bakal tiba lebih awal?
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Mitsubishi Triton MT Premium
Upgrade
Add your car
2022 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2022 Proton X70 TGDI Premium 1.8
Komen