Mitsubishi Triton Athlete 2021 vs. Toyota Hilux Rouge: Mana satu ‘King’?
Mersita · Apr 11, 2021 04:00 PM
0
0
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru sahaja memperkenalkan Mitsubishi Triton Athlete 2021. Ia menggantikan Triton Adventure X di tangga varian teratas dan ia disasarkan untuk menyaingi Toyota Hilux Rogue.
Kali ini, kami ingin bandingkan bagaimana trak pikap terbaru keluaran Mitsubishi ini bersaing dengan Toyota Hilux yang dikenali ramai.
Triton Athlete baharu ini dipadatkan dengan trenkuasa yang sama dengan Triton Adventure X yang terdahulu iaitu enjin diesel 2.4 liter berpengecas turbo yang menjana 181 PS dan 430 Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan.
Bagi Hilux Rogue pula, ia diberi enjin diesel 2.8 liter berpengecas turbo yang menghasilkan kuasa kuda 204 PS dan tork 500 Nm – 23 PS dan 70 Nm lebih tinggi berbanding Triton.
Janaan Kuasa
Model
Kuasa Kuda (PS)
Tork
Triton Athlete
181
430
Hilux Rogue
204
500
Walaupun Triton kurang berkuasa berbanding Hilux, beratnya 190 kg lebih ringan daripada Hilux – menghasilkan nisbah kuasa dengan berat sebanyak 93.8 PS bagi setiap tan berbanding Hilux iaitu 96.2 PS bagi setiap tan.
Selain dari itu, antara kelebihan Triton paling utama ialah sistem Super Select 4WD yang membolehkan pemandu untuk membiarkan sistemnya pada mode 4H walaupun ketika memandu di jalan berturap.
Mitsubishi Triton Athlete merupakan trak pikap berspesifikasi paling tinggi di dalam barisan kenderaan MMM dan rupa paras luarannya nampak sesuai dengan status ini. Ia diberi kemasan hitam berkilat di bahagian hadapan, termasuklah jejaring khas Mitsubishi Dynamic Shield, serta perumah cermin sisi, pemegang pintu, dan tangga sisinya. Ia juga didatangkan dengan rim aloi 18 inci berwarna hitam.
Bagi membezakannya dengan varian Triton yang lain, Triton Athlete juga diberi pelekat nama “Athlete” di kedua-dua sisi badannya – eksklusif untuk varian ini.
Hilux Rogue juga varian berspesifikasi paling tinggi. Berbeza dengan perincian hitam pada Triton, Hilux Rogue diberi rekaan luaran yang unik termasuklah bahagian hadapan yang bersegi serta pelekat di sekitar badannya.
Kedua-dua trak pikap ini dipasang dengan rim aloi 18 inci sebagai standard.
Ruang dalaman – Triton lebih hebat
Di ruang kabinnya pula, Mitsubishi Triton Athlete baharu ini dilengkapi dengan skrin pemantau 360 darjah dan dashcam (DVR) yang sudah dibina dalam. Sistem infotainmennya dilengkapi dengan skrin sentuh 7 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Ruang dalam Hilux lebih bergaya
Kelengkapannya lebih kurang sama dengan Hilux Rouge – ia juga dilengkapi dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tapi dengan skrin sentuh yang lebih kecil iaitu 6.75 inci. Hilux Rogue juga dilengkapi dengan pemantau 360 darjah dan dashcam hadapan, tetapi trak pikap Toyota ini ada pilihan dashcam belakang.
Perkara yang membezakan Triton dengan Hilux ialah Triton mempunyai salur penghawa dingin yang dipasang pada silingnya, berbeza dengan Hilux yang dipasang pada konsol tengah. Rekaan ini lebih berkesan bagi keselesaan penumpang di belakang.
Kelebihan J-line yang khas Triton membolehkan penambahan ruang simpanan di belakang tempat duduk penumpang.
Keselamatan – Hilux Rogue lebih maju
Sejak MMM memperkenalkan Triton facelift pada tahun 2019, varian berspesifikasi paling tinggi dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan ADAS. Triton Athlete baharu kali ini juga tidak ketinggalan.
Kelengkapan Keselamatan
Kelengkapan
Triton Athlete
Hilux Rogue
ACC
Tidak
Ya
AEB
Ya
Ya
BSM
Ya
Ya
RCTA
Ya
Ya
LDW
Tidak
Ya
Triton Athlete diberi Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW dengan LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), serta Auto High Beam (AHB).
Apabila UMW Toyota Motor (UMWT) pula melancarkan Hilux yang dipertingkatkan ini, mereka juga melengkapi Hilux dengan kelengkapan ADAS Toyota Safety Sense (TSS). Sama seperti Triton, Hilux Rogue diberi Pre-Collision System (PCS) dan Blind Spot Monitor dengan Rear Cross Traffic Alert. Tetapi, ia juga ada Lane Departure Alert (LDA) dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dalam siri ADASnya.
7 beg udara adalah standard bagi Hilux Rouge dan Triton Athlete.
Keselesaan – Triton sememangnya serba boleh
Triton Adventure X digambarkan
Jika ada satu aspek yang membuatkan Triton betul-betul menyerlah berbanding trak-trak pikap yang lain, ia pastinya dari segi keselesaan.
Triton Adventure X digambarkan
Tempat duduk Triton menawarkan sokongan yang jauh lebih bagus daripada Hilux. Bagi Hilux, kerusi bahagian punggungnya terlalu pendek sehinggakan ia hampir tiada sokongan peha.
Triton Adventure X digambarkan
Tempat duduk penumpang di dalam Triton juga cukup selesa kerana J-line Triton membolehkan tempat menyandar di kerusi belakang untuk diturunkan sedikit lagi berbanding trak pikap lain yang terlalu tegak. J-line juga memboleh Triton untuk menambah ruang simpanan yang unik di bahagian belakang kerusi penumpang.
Bukan itu saja. Penalaan suspensi Mitsubishi Triton juga cukup sempurna. Memandangkan ia kenderaan ‘body-on-frame’, Triton rasa terapung walaupun di permukaan jalan tidak rata.
Walau bagaimanapun, dalam konteks trak pikap, Triton jauh lebih bagus daripada pesaingnya. Pemanduan Hilux rasa kurang selesa pada permukaan jalan tidak rata, tetapi Triton menawarkan keselesaan dan pengalaman pemanduan yang lebih selesa; hampir-hampir seperti kereta biasa.
Harga – Triton Athlete lebih murah
Mitsubishi Triton Athlete baharu dijual pada harga RM 141,500, atas-jalan, tanpa insurans. Trak ini dijamin dengan waranti 5 tahun/200,000 km (mana-mana yang sampai dahulu).
Bagi Toyota Hilux Rogue pula, varian berspesifikasi paling tinggi dijual pada harga RM 146,880, atas-jalan, tanpa insurans. Warantinya pendek sedikit berbanding Triton – jaminan Hilux dengan waranti 5 tahun/150,000 km.
Harga
Model
Harga (RM)
Triton Athlete
141,500
Hilux Rogue
146,800
Kesimpulan – Triton Athlete pilihan lebih bijak
Atas kertas, Toyota Hilux mungkin tampak seperti pemenangnya kerana ia menawarkan janaan kuasa paling tinggi serta kelengkapan keselamatan lebih hebat dalam kelasnya. Tapi, adakah perbandingannya di atas kertas mencukupi?
Tak semestinya.
Walaupun Hilux menjana kuasa lebih tinggi daripada Triton, enjin turbodiesel 2.8 liternya juga didatangkan dengan ‘pakej’ cukai jalan yang lebih mahal iaitu RM 1,248. Bagi Triton pula, cukai jalan tahunannya hanya RM 793 – RM 455 lebih murah.
Triton juga menawarkan kabin yang lebih selesa dan praktikal berbanding Hilux. Anda perlukan ruang untuk menyimpan telefon bimbit anda sambil ia dicas? Triton menawarkan ruang simpanan yang kemas di konsol tengahnya untuk tujuan ini. Selain dari itu, salur penghawa dinginnya yang dipasang pada siling kabin, ditambah pula dengan ruang simpanan yang pelbagai membuatkannya lebih praktikal daripada Hilux.
Keselesaan pemanduan Triton Athlete juga jauh lebih bagus daripada Hilux Rogue. Oleh itu, jika anda kerap membawa penumpang, Triton adalah pilihan yang lebih tepat.
Akhir sekali, Triton Athlete bukan saja lebih murah daripada Hilux Rogue, tetapi ia juga dijamin dengan waranti yang lebih panjang daripada Hilux Rogue – menawarkan keyakinan lebih tinggi bagi pemilik.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.