window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023

Haris · Sep 21, 2021 02:00 PM

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 01

Dalam era piawaian pelepasan karbon yang semakin ketat, Mitsubishi memberi petanda bahawa mereka juga akan tampil mengikuti peredaran zaman. Antaranya, Mitsubishi Triton generasi baru berkemungkinan besar akan tampil dengan pilihan plug-in hybrid (PHEV).

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 02

Langkah ini sejajar dengan pengumuman awal mereka, yang meletakkan komitmen bagi 'kenderaan elektrik untuk setiap model menjelang 2030'. Komitmen ini juga meliputi Mitsubishi Triton elektrik (kenderaan elektrik di sini merujuk kepada xEV, tidak semestinya terhad kepada kenderaan elektrik bateri BEV). Mitsubishi Triton generasi baharu dijadualkan untuk melakukan debut global pada akhir 2022 atau awal 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca: Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 01

Mitsubishi Triton generasi sekarang

Menurut laporan oleh drive.com.au, Owen Thomson, pengurus kanan strategi produk Mitsubishi Motors Australia, "Sejak hari pertama lagi, pertimbangan mengenai elektrifikasi ada dalam perancangan Triton.

"Sekiranya anda melihat pasaran ute secara umum, jelas bahawa pada suatu masa di dalam dekad ini akan ada pelbagai bentuk elektrifikasi untuk ute." ujar beliau lagi.

"Persoalan akhir mengenai elektrifikasi ute ini adalah mengenai bentuk apa yang akan diambil dan bila ia akan berlaku di pasaran."

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 02

Untuk konteks, Mitsubishi Triton hibrid yang dimaksudkan di sini adalah hibrid petrol dan bukannya hibrid diesel. Pilihan enjin ini juga seperti yang dijelaskan oleh Thomson, "Segelintir kumpulan pengguna yang berbeza akan mampu memanfaatkannya, tetapi sebilangan kumpulan pengguna lain mungkin terpaksa berpuas hati dengan kerugian".

Baca: Iklan Mitsubishi Triton ini menggamit memori gaya hidup kita sebelum PKP

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 03

"Secara peribadi, saya tidak dapat melihat model PHEV berfungsi untuk pengguna terpencil seperti perlombongan, mereka pasti tidak mahu menyimpan bahan api mudah terbakar di lokasi. Itulah sebabnya semua syarikat perlombongan menggunakan diesel, mereka tidak menggunakan petrol, khususnya dari segi pengurusan keselamatan bahan api di lokasi."

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 04

Sebaliknya bagi penduduk bandar, Mitsubishi Triton PHEV Triton lebih masuk akal.

"... [untuk] pengguna di bandar, PHEV petrol mungkin merupakan perkara yang baik bagi mereka," ujar Thomson.

"Ini adalah suatu cabaran untuk pasaran ute. Terdapat pelbagai jenis pembeli dan keperluan, menyebabkannya agak sukar untuk memenuhi kehendak kesemuanya,” tambahnya.

Mitsubishi Triton bakal hadir dengan model PHEV, pelancaran tahun 2023 05

Sementara itu, Toyota, melalui Toyota Australia, telah mengesahkan bahawa model Toyota Hilux hibrid sedang dijalankan dan perancangan untuk melancarkan model ini adalag sebelum tahun 2030. Oleh itu, tindak balas dari Mitsubishi ini memang sudah dijangkakan.

Baca: Toyota Tundra 2022 generasi baru didedah - enjin 3.5 liter V6 dengan hibrid, lebih garang!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda