window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan?

Faisal · May 16, 2021 12:00 PM

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 01

Idea sebuah trak pikap dengan enjin diesel hibrid mungkin agak pelik tetapi Mitsubishi Triton hibrid telahpun disahkan tiba menjelang tahun 2030. Tetapi sebelum itu, Mitsubishi Triton generasi baru akan membuat debut dunia sekitar tahun 2022.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 02

Mengenai Mitsubishi i-MiEV, iaitu kereta produksi jenis elektrik (EV) yang pertama di dunia, generasi kedua juga disahkan pada tahun 2022. Kali ini, ia dibangunkan bersama Nissan, iaitu rakan Alliance yang terdiri dari Nissan, Mitsubishi dan juga Renault.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 01

Mitsubishi i-MiEV pernah dijual di Malaysia walaupun tidak lama.

Kesemua maklumat ini disahkan sendiri oleh Mitsubishi Motors Corporation sewaktu mereka mengumumkan rumusan kewangan untuk Financial Year Tahun 2020 (tahun fiskal yang berakhir pada Mac 2021).

Mitsubishi Motors Corporation menjelaskan bahawa komitmen mereka kini berlunaskan Environment Targets 2030. Antara rangkumannya ialah pengurangan kadar pelepasan karbon untuk kenderaan baru sebanyak 40% menjelang tahun 2030 (berbanding tahap di FY 2020). Malah, separuh daripada jualan syarikat itu akan datang dari kereta elektrik.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 02

Selain itu, setiap daripada model juga dijanjikan dengan sebuah trenkuasa elektrik (termasuk hibrid).

Buat masa ini, Mitsubishi mempunyai satu model EV sahaja iaitu MiniCab MiEV. Kereta yang eksklusif untuk pasaran Jepun ini didatangkan dengan jenis minivan kei ataupun trak mini. Kalau anda nak tahu, pengeluaran Mitsubishi i-MiEV telahpun dihentikan lewat tahun lepas.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 03

Selain MiniCab MiEV, Mitsubishi juga menjual dua lagi model hibrid plug-in iaitu Eclipse Cross PHEV dan Outlander PHEV. Untuk maklumat anda, Outlander PHEV turut dipasang di Thailand. Ia kemudiannya dieksport ke Indonesia dan juga Filipina.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 04

Dengan adanya kereta elektrik untuk setiap model, ini bermaksud bahawa Triton hibrid juga akan dihasilkan (kereta elektrik ini dikenali sebagai xEV, tidak terhad untuk battery electric vehicles BEV).

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 05

Mahukan trak hibrid yang tahan lasak? Percaya sahaja dengan Mitsubishi.

Dari segi pesaing, Toyota telah mengesahkan (melalui konconya di Australia) bahawa Hilux hibrid sedang dibangunkan dan pengeluar itu berhasrat untuk melancarkannya sebelum tahun 2030. Jadi, tidak hairanlah sekiranya Mitsubishi berminat untuk melakukan perkara yang sama.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 06

Setakat ini, belum ada lagi pengeluar di rantau ini yang menghasilkan trak pikap 1 tan jenis hibrid. Mungkin Mitsubishi bakal menjadi jenama yang pertama setelah ia siap.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 07

Untuk pengetahuan anda, Mitsubishi adalah syarikat pertama yang menjual SUV hibrid jenis plug-in, iaitu Outlander PHEV. Tidak cukup dengan itu, mereka juga peserta pertama yang menggunakan sebuah SUV 4WD hibrid jenis plug-in untuk bertanding di perlumbaan rallycross Asia Cross Country Rally 2013 dan 2014.

Pada masa yang sama, Mitsubishi Motors mengesahkan bahawa Mitsubishi Xpander generasi seterusnya juga sedang giat dibangunkan. Kereta yang mempunyai tujuh tempat duduk ini juga akan datang dengan varian hibrid.

Juga bacaSAH! Mitsubishi Xpander 2023 generasi seterusnya akan dapat trenkuasa hibrid

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 08

Sebelum ini, Mitsubishi Triton baharu diperkenalkan samada di Thailand International Motor Expo pada bulan November ataupun di Bangkok International Motor Show pada bulan Mac.

Jadi, Mitsubishi Triton generasi baru dijangka membuat debut global pada November 2022 ataupun Mac 2023.

Mitsubishi Triton baru pada tahun 2022, varian hibrid menjelang 2030 – i-MiEV pula oleh Nissan? 09

Mitsubishi Triton yang ada sekarang telah membuat debut pada November 2018 sebelum dilancarkan di Malaysia pada Januari 2019. Ia dikemaskini secara drastik dari model tahun 2015. Dengan itu, agak logik sekiranya Mitsubishi Triton generasi baru diperkenalkan sekitar tahun 2022 / 2023.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda