window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022!

Faisal · Dec 1, 2022 11:00 AM

Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022! 01

Pasukan Mitsubishi Ralliart yang bertanding mengunakan trak pikap Mitsubishi Triton yang istimewa baru-baru ini telah memenangi tempat pertama dalam perlumbaan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022. Bayangkan kali pertama mencebur dalam acara ini sudah menang.

Secara amnya, Team Mitsubishi Ralliart telah menerima sokongan teknikal dari Mitsubishi Motors. Untuk makluman anda, pertandingan itu diadakan pada 21 – 26 November yang lalu di sekitar Thailand dan Kemboja. Jarak yang perlu ditempuh adalah sejauh 1,524 km. Peringkat khas (special stages, SS) pula meliputi 637 km.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sepanjang perlumbaan itu, Chayapon Yotha (Thailand) berjaya memenangi tempat pertama dengan catatan masa 8 jam 22 minit. Menariknya, Rifat Sungkar (Indonesia) dapat mengakhiri tempat kelima, iaitu 17 minit 14 saat di belakang Yotha.

Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022! 01

Untuk makluman anda, separuh pertama perlumbaan rali di Thailand ini meliputi peringkat berkelajuan tinggi yang meliputi permukaan kasar dan kering. Separuh lagi merangkumi permukaan berlecak dan berlubang.

Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022! 02

Berkenaan Triton itu, modifikasi terhadap enjinnya hanya sedikit tetapi apa yang ketara adalah pada bahagian suspensi, brek, tayar dan interior bagi mengurangkan berat. Malah, rollcage keselamatan pun ada.

Hiroshi Masuoka iaitu pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart berkata, “Untuk AXCR tahun ini, Triton yang terkenal dengan jangka hayat dan tahan lasak menerima talaan enjin dan casis. Menariknya, spesifikasi yang dibuat untuk masuk perlumbaan rali ini sebenarnya tidak jauh beza dengan kereta produksi”.

Mitsubishi Triton raih tempat PERTAMA dalam perlumbaan rali Asia Cross Country Rally 2022! 03

Beliau menambah, “Prestasi yang cemerlang ini datang dari kehebatan pemandu yang mana mereka mampu mengeksploit prestasi Triton dan boleh menunjukkan bakat pemanduan yang handal. Tidak lupa juga para jurutera yang menala kenderaan itu dengan sempurna”.

Juga bacaApa barang Lancer Evo, RalliArt telah 'standby' Mitsubishi Triton untuk acara Asia Cross Country Rally!

Menariknya, Masuoka memberitahu bahawa segala pembelajaran dari penyertaan rali AXCR 2022 akan digunakan untuk pembangunan kereta produksi supaya dapat mengeluarkan produk Mitsubishi yang lebih unggul.

Juga bacaSpyshot: Mitsubishi Triton baharu sudah di Thailand, bakal jadi asas kepada Navara generasi akan datang?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda