window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km

Haris · Nov 26, 2020 06:00 PM

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 01

Nampaknya, satu-satunya model bawah RM 100k oleh Mitsubishi iaitu Mitsubishi Xpander mendapat sambutan hangat di Malaysia. Tidak dinafikan, ini adalah suatu produk yang menyegarkan pasaran kenderaan 7 penumpang.

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 01

Selain daripada bayaran bulanan, kos pemilikan Mitsubishi Xpander yang perlu diperhatikan oleh pembeli prospek adalah kos servis dan penyelenggaraan. Adakah ia berbaloi seperti yang anda jangkakan?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kos servis Mitsubishi Xpander

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 01

Keseluruhan kos penyelenggaraan kereta di pusat servis rasmi Mitsubishi dalam jangka masa 5 tahun / 100,000 km adalah RM 4,215.38. Harga yang didedahkan termasuk 6% SST.

Mitsubishi Xpander - kos servis
Bulan Jarak (km) Kos (RM)
1 1,000 37.10
6 10,000 219.18
12 20,000 322.39
18 30,000 279.48
24 40,000 546.64
30 50,000 219.18
36 60,000 911.41
42 70,000 219.18
48 80,000 546.64
54 90,000 279.48
60 100,000 634.70
Jumlah 4,215.38

Servis pertama yang sedikit mahal adalah pada jangka masa 24 bulan / 40,000 km yang berjumlah RM 546.64. Kos yang sedikit tinggi ini adalah diakibatkan oleh penapis udara dan penukaran minyak brek.

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 02

Perlu diingat bahawa servis paling mahal dalam tempoh lima tahun adalah pada jangkamasa 36 bulan / 60,000 km yang berharga RM 911.41. Kos utama di sini adalah penukaran penapis minyak (RM 484.20) dan penapis udara pendingin hawa yang diganti pada setiap 30,000 km (berharga RM 60.30).

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 03

Selain dari apa yang disebutkan, servis biasa termasuklah penukaran minyak enjin dan drain plug washer.

Harga tayar Mitsubishi Xpander

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 04

Saiz tayar Xpander adalah 205 / 55R16. Oleh itu, anggaran kos tayar tersebut adalah antara RM 220 hingga RM 470 sebiji. Nak tahu apa pilihan tayar terbaik untuk saiz tersebut?

Harga Insurans

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 05

Sebut harga insurans bagi Mitsubishi Xpander 2020 adalah sebanyak RM 2,655.09 - dengan andaian pemandu tidak mempunyai Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), zero loading dan tidak termasuk perlindungan tambahan seperti cermin depan.

Anggaran kos insurans:

Mitsubishi Xpander - Insurans
Tahunan Sebutharga
Tahun 1  RM 2,655.09
Tahun 2 RM 1,991.32
Tahun 3 RM 1,858.57
Tahun 4 RM 1,637.40
Tahun 5 RM 1,460.30

Berbaloi?

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 06

Ya, ini Mitsubishi Xpander versi rali

Mengambil kira kesemua faktor, rangkuman kos pemilikan bagi Mitsubishi Xpander adalah seperti berikut: 

Mitsubishi Xpander - Kos Keseluruhan
Tahunan Jumlah kos pemilikan
Tahun 1 RM 3,323.76
Tahun 2 RM 2,627.96
Tahun 3 RM 3,079.16
Tahun 4 RM 2,493.22
Tahun 5 RM 2,464.48

*Cukai jalan RM 90 setiap tahun + Insurans + Kos servis

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 07

Mitsubishi Xpander mempunyai saingan harga yang agak kompetitif. Hal ini kerana, Toyota Rush juga diposisikan pada harga yang sama iaitu RM 91k. Perbezaannya? Hanya RM 516 sahaja.

Mitsubishi Xpander - RM 4.2k untuk kos servis 5 tahun / 100k km 08

4 bintang ASEAN NCAP

Apakah aspek yang anda ambil kira sebelum memiliki Mitsubishi Xpander? Apa lagi perbandingan yang anda mahu ketahui pada Mitsubishi Xpander? Nyatakan saranan anda di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda