window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja?

Haris · Nov 11, 2020 08:00 PM

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 01

Mitsubishi Xpander tiba dengan ringkas dan tepat di Malaysia. Tiada perbezaan varian, ditawarkan kelengkapan yang secukup rasa dan menjadi satu-satunya model Mitsubishi di Malaysia bawah RM 100k. Sejujurnya, ia sedikit sebanyak menyegarkan pasaran MPV tempatan yang kian suram.

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 01

Pilihan warna juga sangat menarik, ringkas dan mudah. Pembeli ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Titanium Grey, Quartz White, Diamond Black dan Red Metallic. Crossover 7 tempat duduk ini juga dilengkapi dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 01

Pada harga RM 91,369 (Semenanjung Malaysia), ia boleh diletakkan sebaris dengan Honda BR-V varian V (RM 93,420) dan Toyota Rush 1.5S (RM 91,885).

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 02

Model: Mitsubishi Xpander

Harga: RM 91,369

Bayaran Muka

Kadar Faedah

Tempoh Bayaran

Ansuran Bulanan

0

2.7

9 tahun

RM 1,075

Jika anda berminat dengan Mitsubishi Xpander, antara bayaran bulanan yang boleh didapati adalah serendah RM 1,075. 

Untuk membayar jumlah sebanyak itu setiap bulan, pertimbangkan gaji bulanan sebanyak RM 4,300. Hal ini mengikut anggaran bahawa harga bayaran kereta bulanan tidak lebih dari ¼ gaji anda.

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 03

Oleh kerana kami tidak mengesyorkan pinjaman sepanjang 9 tahun yang merugikan anda dalam jangkamasa panjang, mungkin anda boleh melihat kepada tempoh pinjaman sekitar 5 tahun.

Bayaran Muka

Kadar Faedah

Tempoh Bayaran

Ansuran Bulanan

0

2.7

5 tahun

RM 1,729

Bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 5 tahun agak tinggi, berbeza RM 654 untuk tempoh yang lebih pendek. Jika anda bercadang untuk mengambil tempoh bayaran selama 5 tahun, gaji yang munasabah untuk anda adalah sebanyak RM 6,916

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 04

Kamera 360 darjah

Walaubagaimanapun, anda tidak kurang pilihan. Mungkin tempoh pinjaman 7 tahun ini lebih munasabah untuk kebanyakan pembeli.

Bayaran Muka

Kadar Faedah

Tempoh Bayaran

Ansuran Bulanan

0

2.7

7 tahun

RM 1,294

Bayaran bulanan untuk tempoh pinjaman 7 tahun lebih realistik. Untuk bayaran bulanan tersebut, gaji yang diperlukan untuk senang membayar adalah sebanyak RM 5,176.

Berbaloi ambil Mitsubishi Xpander?

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 05

Nilai jualan unik pada Mitsubishi Xpander adalah ruangnya. Xpander menawarkan 7 tempat duduk yang agak luas dan boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya. Baris ketiga juga boleh diduduki oleh penumpang dewasa, mengikut saiz, ia agak selesa.

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 06

Ia juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri terkini, kemasan kulit dan ruang simpanan bijak yang tersorok. Hal ini kerana, ia adalah model kenderaan 7 penumpang paling terkini di mana tahun ini hanya Honda BR-V sahaja yang baru dikemaskini pada tahun ini. Perbezaan antara kedua-dua model, anda nilaikan sendiri.

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 07

Harus diingatkan, artikel ini bertujuan sebagai rujukan sahaja. Bayaran bulanan bermula RM 1,075 hingga RM 1,729 tanpa bayaran muka meletakkan Mitsubishi Xpander dalam lingkungan pendapatan isi rumah M40. Untuk mengurangkan bayaran bulanan, apa kata tambah saja sedikit bayaran muka?

Mitsubishi Xpander 2020, bayaran bulanan minimum RM 1,075 sahaja? 08

Dengan kajian yang mendalam hasil dari perlumbaan rali, Mitsubishi Xpander hadir dengan kuasa enjin yang cukup. Lagi pun, Mitsubishi Motors Malaysia menerima tempat pertama dalam kajian kepuasan pelanggan oleh JD Power. Suatu kelebihan yang selalu terlepas pandang oleh ramai orang? Nyatakan di bahagian komen.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda