Beberapa minggu lepas, tular beberapa keping gambar yang menunjukkan sebuah Mitsubishi Xpander turun dari trak kereta. MPV 7 tempat duduk ini sememangnya dinanti-nantikan pasaran Malaysia yang kekurangan pilihan kenderaan 7 penumpang.
Seperti biasa, Malaysia adalah pasaran kelima yang ditawarkan selepas model ini ditawarkan untuk pasaran Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina.
Kehadirannya di Malaysia menyaksikan MPV ini bakal bersaing dengan kenderaan 7 tempat duduk lain seperti Perodua Aruz, Toyota Rush dan Honda BR-V. Saingan terkuatnya mungkin pada Honda BR-V yang baru sahaja dikemaskini dengan model facelift.
Seperti saingan utamanya, Mitsubishi Xpander mempunyai enjin petrol 1.5 liter NA yang mampu menjana 105 PS kuasa kuda - setaraf dengan model Toyota / Perodua. Sungguhpun begitu, angka ini masih jauh jika dibandingkan dengan Honda BR-V dengan enjin yang menjana 120 PS kuasa kuda paling kuat dalam segmen.
Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengatakan, “Xpander bukan sahaja sebuah model yang penting untuk MMM, tetapi juga untuk seluruh rantau ASEAN. Sehingga Jun 2020, model ini telah mencapai angka jualan terkumpul sekitar 256,000 unit.”
“Kejayaan XPANDER di negara jiran kita seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan betapa sesuainya kereta ini dalam memenuhi keperluan pelanggan Malaysia. MMM sangat teruja untuk menjalani tahun yang mendebarkan dengan pengenalan model crossover 7 tempat duduk yang mengagumkan ini di Malaysia akhir tahun ini. " ujar beliau lagi.
Tahukah anda, di Indonesia jentera ini telah ditala untuk kegunaan rali! Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Mitsubishi Xpander, anda boleh membaca artikel kami di sini.
Dapatkan respons dalam masa 24 jam!
2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L
Upgrade
Add your car
2018 Nissan Serena S-Hybrid High-Way Star 2.0
2018 Toyota Tank GT 1.0
2018 Toyota Innova G 2.0
Komen