window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke?

Haris · Oct 24, 2020 11:59 AM

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 01

Mitsubishi Xpander 2020 baru sahaja dilancarkan pada 22 Oktober 2020. Crossover segmen B ini merupakan satu-satunya kenderaan 7 penumpang berbanding kenderaan lain yang baru dilancarkan menjelang penghujung tahun 2020.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 01

Pilihan yang jelas jika anda sedang mencari-cari sebuah kenderaan 7 penumpang namun dengan julat harga lebih kurang, adakah anda patut mengambil Mitsubishi Xpander berbanding Honda City, Nissan Almera atau Toyota Vios.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 01

Segmen lain, tak boleh banding? Kali ini kita akan bandingkan dari aspek harga. Pasaran Malaysia ni sangat sensitif harga, kalau tidak, takkan ada yang tertipu dengan sindiket sambung bayar? Oleh itu mari ikuti apa pulangan yang anda dapat untuk harga yang sama!

Kelebihan - lebih luas berbanding sedan

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 02

Sebagai sebuah SUV crossover, keutamaan paling utama adalah utiliti - di mana Mitsubishi Xpander memiliki kelebihan berbanding Honda City, Nissan Almera dan Toyota Vios.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 03

Walaupun Mitsubishi tidak mendedahkan kapasiti ruangan but belakang dengan semua tempat duduk menegak, mereka mengesahkan bahawa dengan kedua-dua kerusi baris kedua dan ketiga dilipat, Xpander mempunyai 1,630 liter kapasiti ruang but. Sedan segmen B lain memang tak boleh lawan.

Tak cukup dengan itu, Mitsubishi meningkatkan aspek praktikaliti ruang penyimpanan yang banyak pada Mitsubishi Xpander.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 04

Sebagai tambahan kepada pemegang cawan dan ruang cubby yang biasa, Xpander juga menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk penumpang depan serta lantai but dua tingkat. Hal ini merupakan fungsi yang berguna untuk mengelakkan kejadian pecah cermin.

Kelebihan - tinggi adalah keyakinan

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 05

Mitsubishi Xpander 2020 mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm. Sebagai sebuah crossover, jarak kelegaan yang tinggi sesuai untuk negara yang selalu dilanda banjir kilat dan mampu meredah muka bumi yang tidak rata.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 06

Kelebihan tempat duduk yang tinggi juga memberikan jarak penglihatan yang bagus untuk pandangan pemandu. Tinggi adalah keyakinan.

Sesetengah SUV terlalu tinggi tetapi tidak pada Mitsubishi Xpander 2020. Sebagai perbandingan, Mitsubishi Xpander mempunyai jarak kelegaan yang cukup-cukup sesuai pada 205 mm, Honda BR-V dengan 200 mm dan Perodua Aruz pada 230 mm. Ikuti perbandingan dimensi yang lebih mendalam di sini.

Kelebihan - 7 tempat duduk jika diperlukan

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 07

Kebanyakan pembeli terpisah dalam 2 golongan. Yang memerlukan lebih 5 tempat duduk dan yang memerlukan kurang 5 tempat duduk. Jika anda tergolong dalam golongan pertama dan berminat dengan Mitsubishi Xpander 2020, hapuskan keraguan anda dengan menyertai kumpulan peminat kereta Wapcar - BM.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 08

Walaubagaimanapun, jika anda terdiri dari golongan kedua, anda harus tahu bahawa tempat duduk belakang boleh dilipat justeru memberikan anda lebih ruangan but belakang. Lebih baik dari SUV lain!

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 09

Jika diperlukan, tempat duduk baris ketiga mampu memuatkan orang dewasa biasa. Mitsubishi Xpander 2020 menawarkan ruang kaki yang lebih luas dengan sokongan bawah peha berbanding pesaing segmen B secara keseluruhan.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 10

Anda membeli kereta untuk jangka masa panjang. Tentu ada suatu masa nanti anda akan memerlukan 2 tempat duduk baris ketiga tersebut. Sebelum menyesal, apa kata pertimbangkan dulu?

Kelebihan - Android Auto dan Apple Carplay

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 11

Pemanduan bersama-sama keluarga perlu disertakan dengan hiburan yang bagus, barulah seronok. Oleh hal yang demikian, Mitsubishi Xpander 2020 hadir dengan skrin infotainment 9 inci dengan fungsi Android Auto dan Apple Carplay.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 12

Inilah skrin infotainment paling besar dengan 9 inci berbanding Honda City (8 inci) dan Nissan Almera Turbo (8 inci). Kalau nak dibandingkan dengan MPV lain pula, hanya fungsi Mirrorlink saja ditawarkan dengan saiz yang lebih kecil.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 13

Untuk keseronokan hiburan anda, Mitsubishi turut menggunakan peredam bunyi yang baik pada bahagian bumbung. Kenderaan yang dipenuhi dengan peredam bunyi macam ni hanya dijumpai pada kereta mewah sahaja tapi Mitsubishi Xpander bagi pada anda untuk harga bawah RM 100,000!

Kekurangan - Ciri keselamatan

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 14

Nak tak nak, kita perlu cerita juga mengenai kekurangan Mitsubishi Xpander 2020 ini. Satu-satunya kekurangan Mitsubishi Xpander adalah beg udara yang dibekalkan hanyalah sekadar 2 sahaja. 

Honda City dan Nissan Almera Turbo mempunyai 6 beg udara manakala Toyota Vios menang dengan 7 beg udara. 

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 15

Selain itu, tiada amaran titik buta atau brek kecemasan automatik pada Mitsubishi Xpander.

Mitsubishi Xpander mengatasi isu ini dengan dashcam terbina dalam dan kamera 360 darjah. Sekurang-kurangnya, tuntutan insurans kemalangan akan jadi lebih mudah dengan rakaman dashcam.

Kekurangan - Tak laju sangat

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 16

Mitsubishi Xpander hanya mempunyai 105 PS kuasa kuda berbanding Honda City dengan 121 PS kuasa kuda dan Toyota Vios 107 PS. Honda BR-V turut lebih berkuasa dengan 120 PS kuasa kuda.

Laju membunuh, oleh itu, untuk sebuah kenderaan keluarga, Mitsubishi Xpander menggunakan pendekatan lain dalam aspek kuasa.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 17

Mitsubishi Xpander mempunyai tork yang agak tinggi dalam kelasnya iaitu 141 Nm tork. Baca ulasan lanjut kami mengenai enjin MIVEC ini. Dalam sebuah kenderaan keluarga, tork lebih penting kerana muatan yang lebih banyak berbanding kuasa kuda. Anda setuju? 

Kekurangan - sedan lebih selesa dipandu

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 18

Dimensi Mitsubishi Xpander yang merupakan kelebihannya juga sebahagian daripada kekurangannya. Ketinggian Mitsubishi Xpander mempengaruhi keselesaan pemanduan secara keseluruhan.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 19

Lebih tinggi bermaksud titik keseimbangan graviti juga tinggi. Titik graviti yang tinggi menyebabkan kenderaan lebih mudah oleng (body roll). Sedan mempunyai titik graviti yang rendah dan lebih yakin dalam mengambil selekoh.

Kesimpulan

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 20

Sebagai seorang yang suka menghabiskan masa dengan keluarga, Mitsubishi Xpander lebih sesuai untuk jangkamasa panjang. Ia memberikan pulangan yang lebih baik untuk duit yang anda bayar pada harganya berbanding sebuah sedan.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 21

Mitsubishi menegaskan bahawa Xpander adalah sebuah model crossover. Dalam pengalaman pemanduan kami, crossover selalunya lebih memuaskan dalam memenuhi pelbagai keperluan.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 22

Kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia gemar menggunakan 1 kenderaan yang tahan lasak untuk pelbagai tujuan. Waktu susah, nak mula berniaga boleh guna, pergi kedai perabot nak masukkan dalam kereta boleh dan jika nak bawa keluarga besar pun boleh. Serba boleh.

Mitsubishi Xpander 2020 vs sedan segmen B baru. Harga lebih kurang, dapat 7 tempat duduk. Bagus ke? 23

Namun jika anda masih berjiwa muda, bujang mahu hidup sendiri dan suka bergaya, tidak salah untuk memilih sebuah sedan segmen B. Pilihan yang lebih matang masih lagi Mitsubishi Xpander.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda