window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke?

Zamil Syaheer · Oct 26, 2020 10:00 AM

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 01

Minggu lepas Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah membuat prebiu rasmi Mitsubishi Xpander 2020 di Malaysia. Harga Xpander bakal diumumkan pada bulan November ini dan ia bakal berdepan saingan daripada Honda BR-V, Perodua Aruz, dan Toyota Rush.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 01

Sama seperti pesaingnya yang lain, Mitsubishi Xpander dilengkapi dengan enjin 1.5 liter 4 silinder petrol. Enjin yang berkod 4A91 ini menghasilkan 105 PS dan 141 Nm tork. Sistem MIVEC variable valve timing juga di bahagian kemasukan udara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Enjin siri 4A9 ini mula dipasang pada Mitsubishi Colt dan telah melalui pelbagai kemaskini bagi menepati citarasa pasaran semasa. Hanya enjin ini sahaja yang ditawarkan pada Mitsubishi Xpander, tiada opsyen lain.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 01

Kotak gear pula menggunakan transmisi automatik 4 kelajuan yang menghantar kuasa ke roda depan.

Menurut MMM, penggunaan bahan bakar Xpander berada di sekitar 7.0 liter/100 km. Angka ini sebenarnya sedikit tinggi berbanding Honda BR-V dan Perodua Aruz kerana keduanya dikatakan mencatat 6.4 liter/100 km.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 02

Kuasa dan tork Mitsubishi Xpander memang tak boleh lawan Honda BR-V dengan 120 PS dan 145 Nm tork, tetapi ianya lebih berkuasa berbanding Perodua Aruz yang hanya menghasilkan 102 PS dan 133 Nm tork.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 03

Mengikut perbandingan nisbah kuasa berat, Honda BR-V mendahului segmen ini dengan 94.6 PS setiap tan. Mitsubishi Xpander sedikit dibelakang dengan 84 PS setiap ton, manakala Aruz & Rush, menawarkan nisbah kuasa berat yang paling lemah pada 77.9 PS setiap tan.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 04

Dengan kuasa dan tork yang paling tinggi, kami yakin Honda BR-V mencatat masa yang pantas dalam pecutan 0-100 km/j. Kami sepatutnya menguji pandu BR-V pada minggu lepas tapi dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuatkuasa, terpaksalah kami tangguhkan ujian ini.

Antara tiga SUV ini, kami hanya dapat menguji 0-100 km/j Perodua Aruz, dimana ia mengambil masa 15.7 saat. Bagi Xpander pula, kami menjangkakan jurang masa diantara 14 – 16 saat.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 05

Kena ingat bahawa Aruz adalah model pacuan roda belakang dan ia terpaksa melalui lebih banyak beban parasit daripada dua SUV lain dengan pacuan roda depan.

Menyelenggara kenderaan pacuan roda belakang lebih mahal daripada model pacuan roda depan kerana minyak gear belakang perlu diganti pada selang waktu yang ditetapkan, seperti minyak enjin dan transmisi.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 06

Walaupun Mitsubishi Xpander mungkin tidak sekuat Honda BR-V, transmisi automatik 4 kelajuan lebih lasak berbanding kotak CVT BR-V. Tahap keselesaan dan kehalusan perjalanan juga harus lebih baik dari Aruz / Rush kerana duo pacuan roda belakang pada dasarnya adalah Toyota Avanza yang diubah suai.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 07

Apa-apa pun, kekuatan Mitsubishi Xpander sebenarnya bukan terletak pada trenkuasa, sebaliknya tahap praktikaliti dan ruang.

Walaupun Honda terkenal dalam bab ini, tapi BR-V tak boleh lawan dengan Xpander.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 08

Selain ruang penyimpanan yang banyak di sekitar kabin, Xpander juga menawarkan ruang penyimpanan di bawah tempat duduk penumpang depan serta lantai but but bertingkat.

Ia juga menawarkan tempat sandaran tangan tengah dengan ruang simpanan, dimana tiada ciri ini pada BR-V dan Aruz.

Mitsubishi Xpander 2020 – enjin 1.5L MIVEC dengan 105 PS, cukup power ke? 09

 

Xpander juga mempunyai jarak roda 2,775 yang panjang, setaraf SUV segmen lebih besar. Jarak roda yang panjang juga bermaksud ia mempunyai ruang kaki yang lebih luas berbanding BR-V dan Aruz.

Dengan talaan suspensi yang baik dan selesa, Xpander adalah sebuah SUV yang praktikal dan selesa.

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda