window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM

Mersita · Sep 8, 2020 11:30 AM

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM 01

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan yang Mitsubishi Xpander akan dipasang tempatan (CKD) di fasiliti produksi terbaharu MMM di Pekan, Pahang.

Fasiliti terbaru tersebut dilengkapi dengan bengkel ‘body welding’ serba baharu, teknologi pengecat maju, dan juga ‘tester line’ serba baharu untuk pemeriksaan lengkap fungsi keselamatan termasuklah sistem ASCnya (Active Stability Control) sebelum memasuki barisan pemasangan terakhirnya.

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi, Xpander ini dilokalisasikan untuk memenuhi permintaan pelanggan di Malaysia. Ia akan ditetapkan dengan harga yang kompetitif untuk menepati keperluan keluarga dan ‘adventure-seekers’ yang mencari kenderaan 7 tempat duduk yang lebih praktikal dan selesa. Rakyat Malaysia juga boleh membuat tempahan tidak lama lagi.

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pendaftaran minat bagi Mitsubishi Xpander baharu sudah boleh dibuat di laman web rasmi Mitsubishi Motors Malaysia. Pelancarannya akan dibuat dalam tahun ini.

Antara bahagian badan kereta yang dapat dilihat secara langsung ialah bahagian hadapannya yang dilengkapi dengan lampu hadapan dan lampu kabus LED, serta rupa bentuk yang cukup agresif menyerupai Mitsubishi Triton.

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM 01

Bahagian sisinya juga dapat dilihat, menonjolkan tayar bersaiz 16 inci dilengkapi dengan rim aloi dwi-tona. Bahagian belakangnya pula memperlihatkan lampu brek LED berbentuk L yang ranggi. Anda boleh lihat sendiri tayangan acah Mitsubishi Xpander terbaru ini di Mid Valley Megamall bermula hari ini sehingga 13 September 2020 dari 10 am hingga 10 pm.

Mitsubishi Xpander akan dipasang lokal, boleh dilihat secara langsung di MVM 02

Model ini telah dilancarkan di Thailand dan ia adalah MPV segmen B paling laris di Thailand, lebih 4 kali ganda jualannya berbanding Honda BR-V. MPV 7 tempat duduk ini akan bersaing dengan Toyota Rush/Perodua Aruz dan Honda BR-V dalam segmen yang sama apabila ia dilancarkan dalam tahun ini nanti.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda