window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina!

Haris · Jan 9, 2023 10:00 AM

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina! 01

Selepas pertama kali dilancarkan di Indonesia pada Ogos 2022, Mitsubishi Xpander Cross kini sudah mula meneroka pasaran ASEAN lain. Pasaran baharu yang akan diterokai crossover gagah ini adalah Filipina.

Laporan dari Autoindustriya, memberitahu bahawa Mitsubishi Xpander Cross facelift ini akan dilancarkan pada 26 Januari 2023 di McKinley Whisky Park, Whisky West, Taguig, Filipina.

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi dan penampilan Xpander Cross facelift untuk pasaran Filipina tetapi setakat ini, berkemungkinan besar ia tidak akan jauh berbeza dengan versi Indonesia yang menjadi pasaran perintis.

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina! 01

Selepas melakukan debut di acara GIIAS 2022, rekaan Xpander Cross juga telah disemak semula. Fasia depannya mengikuti model Mitsubishi Xpander facelift yang hadir pada akhir tahun 2021.

Baca: Misubishi Xpander Cross 2022 facelift dirasmikan di Indonesia, dari RM 93.7k, kabin ala Pajero Sport!

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina! 02

Ia kini kelihatan lebih gagah hasil daripada reka bentuk gril yang lebih besar Dynamic Shield. Lampu hadapan juga ditukar reka bentuk kepada bentuk T dengan projektor LED. Sementara itu, penggunaan rim juga menerima rim 17-inci rekaan baharu disertai oleh fender dan pelapisan sisi badan yang lebih tebal.

Pada bahagian dalaman, rekaannya mengambil inspirasi daripada Mitsubishi Pajero Sport, misalnya panel instrumen digital penuh 8 inci dan stereng empat palang.

Mitsubishi Xpander Cross facelift menyusul ke Filipina tahun ini, mahu pintas Avanza dan Livina! 03

Mitsubishi Xpander pra-facelift, perhatikan lampu hadapannya

Unit kepala skrin sesentuh jenis terapung bersaiz 9-inci (sudah ditawarkan pada Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia). Ia juga menerima ciri pengecasan tanpa wayar. Brek letak kereta juga berubah daripada tuil kepada butang elektrik bersama-sama dengan fungsi henti automatik.

Dari sisi mekanikal, enjin yang dipasang pada Mitsubishi Xpander Cross kekal enjin 1.5L NA dengan output kuasa 105 PS dan 141 Nm tork.

Baca: MPV keluarga dengan gaya unik, lihat di sebalik tabir pembuatan Mitsubishi Xpander Motorsport!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda