window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza!

Haris · Aug 20, 2021 01:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut laporan Tribune Batam, sebanyak 9,122 unit Mitsubishi Xpander termasuk model Xpander Cross terjual pada bulan Julai 2021 dengan pegangan pasaran sebanyak 15.4%

Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza! 01

Model pasaran Indonesia. Foto Autofun.id

"Model Xpander termasuk Xpander Cross terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai model kegemaran pengguna yang sesuai dengan pilihan dan keperluan pengguna Indonesia.

Penerimaan pasaran kekal bagus untuk model ini, seperti yang dibuktikan dengan peningkatan jualan dan pegangan pasaran dalam segmen ini," kata Naoya Nakamura, Presiden Pengarah PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (PT MMKSI).

Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza! 02

Mitsubishi Xpander Cross

Sementara itu di Filipina, Mitsubishi Motors Philippines Corporation (MMPC) telah mengumumkan bahawa sebanyak 1,207 unit Mitsubishi Xpander telah terjual pada bulan Julai 2021.

Angka tersebut merupakan peningkatan 60% berbanding jualan bulan sebelum di samping memegang rekod angka jualan bulanan tertinggi MMPC sepanjang tahun 2021.

Baca: Kereta 7 penumpang bawah RM 100k untuk tahun 2022 - Alza, Avanza, Xpander, BR-V!

Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza! 03

Mitsubishi Xpander pasaran Filipina. Foto Carguide.ph

Dalam satu kenyataan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MMPC Takeshi Hara berkata, “Kami sangat berterima kasih di atas prestasi berterusan Mitsubishi Xpander di pasaran Filipina. Kami berterima kasih atas sokongan kuat yang ditunjukkan oleh orang ramai kepada tanda nama Xpander.

Kami memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa kami akan terus berinspirasi untuk memberikan produk hebat dan perkhidmatan terbaik yang akan mendekatkan jenama kami ke hati rakyat Filipina."

Mitsubishi Xpander kekal laku keras di Indonesia dan Filipina, kalah teruk Toyota Avanza! 04

Mitsubishi Xpander pasaran Malaysia

Sementara itu di Malaysia, peminat Mitsubishi Xpander boleh menjangkakan untuk menerima model tersebut lebih lama berikutan daripada wabak pandemik Covid-19. Ramai pengeluar mengambil langkah berjaga-jaga untuk menutup barisan pengeluaran walaupun kerajaan telah membuka beberapa sektor ekonomi, disebabkan oleh kekeliruan SOP antara pihak berkuasa tempatan dengan kerajaan pusat.

Baca: Kilang kereta belum buka operasi hari ini walaupun diluluskan. Kenapa?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda