window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam!

Zamil Syaheer · Sep 18, 2021 02:00 PM

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 01

Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Vietnam (MMV) memperkenalkan Mitsubishi Xpander Limited Edition yang dilengkapi dengan lebih banyak ciri keselamatan dan kemudahan untuk keluarga dengan harga 630 juta VND (~RM 116k).

Pra-pesanan dibuka dari 6 September hingga 30 September 2021 dan pelanggan bakal menerima Xpander mereka setelah tempoh jarak sosial berakhir.

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sejak dilancarkan secara rasmi 3 tahun yang lalu, Mitsubishi Xpander merupakan salah satu model yang memenuhi cita rasa majoriti pengguna Vietnam. Buktinya, sebanyak 50,000 unit Xpander telah dijual, kekal menerajui penjualan di segmen MPV.

Juga baca: Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021!

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 01

Apa yang baru pada Mitsubishi Xpander Limited Edition ini? Pertama, anda lima pilihan set grafik khas di sisi kereta dengan skript “XPANDER LIMITED EDITION” agar ramai tahu bahawa ini bukan varian standard.

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 02

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 03

Penambahan terbesar adalah dua ciri keselamatan baru - kamera panorama 360 darjah dan sensor parkir yang meluaskan penglihatan pemandu, meningkatkan keupayaan untuk mengesan rintangan dan meminimumkan risiko titik buta. Kedua-dua ciri ini ada pada Xpander pasaran Malaysia.

 

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 04

Selain itu, sistem infotainment skrin sentuh ini ditingkatkan dari saiz 7-inci hingga 10-inci, lebih besar daripada Xpander untuk pasaran Malaysia (9-inci). Ia mampu menghubungkan Apple Carplay / Android Auto, Bluetooth dan USB.

Juga baca: Kenapa kereta anda wajib ada Apple CarPlay dan Android Auto? Ini sebabnya

Mitsubishi Xpander Limited Edition dilancarkan sempena terjualnya 50,000 unit di Vietnam! 05

Bagi pemilik Xpander sedia ada di Vietnam, mereka akan menerima pelekat khas bagi memperingati 50,000 anggota komuniti Xpander apabila menghantar MPV mereka ke pusat servis di pengedar masing-masing.

Juga baca: Rebiu: Mitsubishi Xpander 2020 - enjin cukup berkuasa, suspensi mantap, kereta keluarga terbaik?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda