window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021!

Zamil Syaheer · Feb 24, 2021 07:00 PM

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 01

Ada carta penjualan yang baik, dan ada juga yang betul-betul dominan. Inilah yang terjadi bagi Mitsubishi Xpander di Vietnam. Mitsubishi Motors Vietnam berjaya menjual 2,793 unit MPV 7 tempat duduk itu pada bulan Januari 2021.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 02

Menurut data yang dikeluarkan oleh media Vietnam, Xpander telah mencuri bahagian pasaran MPV (segmen C) sebanyak 78.1% pada bulan lepas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 01

Agak luarbiasa untuk lihat pesaingnya yang lain terkebil-kebil nak mencapai angka 300, tetapi Mitsubishi Xpander melakukannya dengan begitu mudah.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 02

The Suzuki XL7 - Thailand ada jual MPV/SUV ini, kalau masuk Malaysia ada permintaan tak?

Di tempat kedua, dengan hanya 292 unit dijual (8.2% bahagian pasaran) adalah Suzuki XL7.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 03

Toyota Innova untuk pasaran Vietnam untuk pasaran Malaysia.

Toyota Innova pula mengambil tempat ketiga dengan 247 unit dijual (6.9% bahagian pasaran), dalam kata lain 11.3x ganda kurang daripada Xpander.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 04

Pss...ada warna coklat dan juga warna putih yang anda kena tunggu sampai lapan bulan!

Selebihnya adalah Kia Rondo (44 unit) dan Toyota Avanza (18 unit).

Ada beza ke spesifikasi Xpander untuk pasaran Vietnam?

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 05

Sebenarnya ianya lebih kurang sama saja. Ia menggunakan enjin 1.5 liter 4 silinder aspirasi natural yang menghasilkan 104 PS dan 141 Nm. Bezanya, terdapat pilihan transmisi 5 kelajuan manual ataupun 4 kelajuan automatik, bergantung kepada varian.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 06

Varian AT mendapat kemasan kulit, fabrik hanya untuk MT sahaja.

Semestinya Xpander mengekalkan susun atur 7 tempat duduk dan juga ruang storan yang begitu banyak. Senang cerita, benda yang sama yang kami di WapCar – BM suka, sebab itu ia menang dalam kategori 7 tempat duduk di Anugerah Kereta WapCar Tahun 2020.

Mitsubishi Xpander ‘tapau sales' Toyota Avanza - x155 kali ganda di Vietnam pada Januari 2021! 07

Selain itu, Xpander pasaran Vietnam menggunakan sistem infotainment bersaiz 7 inci dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. Malaysia punya lagi padu, 9 inci!

 

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda