window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan?

Mersita · Mar 24, 2021 08:00 PM

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 01

Minggu lalu, Geely Auto (bukannya syarikat induk Geely Holding yang memiliki Volvo Car Group) mengumumkan yang mereka sudah berpisah dengan Volvo Car. Geely Auto dan Volvo Car akan kekal berasingan, cuma masih beroperasi di bawah naungan Geely Holding. Namun, mereka masih akan berganding bahu untuk pembangunan kenderaan elektrik tertentu serta projek-projek berkaitan kereta tanpa pemandu.

Dalam erti kata lain, pasukan di Volvo Cars dan di Geely Auto akan meneruskan kerja mereka secara berasingan, dan mereka hanya akan bertemu untuk projek trenkuasa dan kereta tanpa pemandu yang tertentu.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 02

Volvo XC40 Recharge P8 – kereta elektrik sepenuhnya

Ini juga bermaksud yang identiti unik Sweden di Volvo akan kekal sama. Langkah menggabungkan Volvo Cars dengan Geely Auto tidak begitu relevan kerana aturan sebegini hanya akan membuatkan jenama Lynk & Co yang dimiliki bersama jadi lewah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 01

CEO Volvo Car, Hakan Samuelsson, memberitahu Automotive News Europe, “Pertama sekali, kami bukanlah mengubah fikiran. Perkara yang menjadi jelas ialah Volvo dan Geely adalah jenama kereta yang paling pesat membangun di dunia. Kami harus berhati-hati supaya tumpuan untuk pertumbuhan baris atas tidak terganggu – iaitu tumpuan pada orang ramai yang bangga dengan jenama mereka dan mengekalkan momentum tersebut. Ia semakin lama semakin jelas kerana anda pun tahu apa yang terjadi apabila syarikat disatukan. Ada perbincangan dalaman tentang organisasi. Siapa yang akan mengepalai pasukan? Bagaimana hendak menggabungkan organisasi jualan bersama? Perkara ini selalunya sukar dapat hasil yang bagus. Inilah satu poin yang penting.”

Dengan pemisahani ini, Volvo Cars dan Geely Auto kini boleh memperkasakan jenama masing-masing dan pada masa yang sama mengglobalisasikan jenama Lynk & Co yang dikongsi.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 02

Kereta elektrik

Oleh itu, apa pula kesannya pada konsumer? Kami kupas di sini satu persatu.

1. Volvo Cars dan Geely Auto akan tingkatkan jumlah enjin dan transmisi yang dikongsi

Buat masa sekarang, ini hanya terhad kepada enjin 3 silinder turbo 1.5TD dan transmisi automatik dwi-klac 7 kelajuan yang digunapakai pada Proton X50 dan Volvo XC40 Recharge T5. Enjin ini boleh didapati samada dengan ‘port’ atau ‘direct injection’, dan juga dalam bentuk enjin pembakaran biasa (Proton X50) ataupun dalam bentuk hibrid ‘plug-in’ (Volvo XC40 Recharge T5). 

2. Kenderaan elektrik Volvo dan Geely di masa hadapan akan jadi hampir serupa di sebalik rangka badannya – berkongsi platform beroptimasikan kenderaan elektrik serta trenkuasa elektrik yang sama, serta perkakasan pemanduan separa berautonomi yang lain.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 03

3. Lynk & Co akan menjadi satu jenama global, memanfaatkan rangkaian servis dan pengedar global Volvo. Ini juga mungkin bermaksud yang beberapa pengedar Volvo akan dipilih untuk menjual jenama Lynk & Co yang ranggi dan berorientasikan khidmat langganan.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 04

Buat masa ini, Lynk & Co hanya ditumpukan pada China dan Eropah. Kemasukan ke AS dan lain-lain bahagian di Asia dan Timur Tengah sedang dirancang.

Adakah ini bermaksud kereta Geely akan jadi seperti kereta Volvo?

Ya dan tidak. Kereta Volvo akan terus menggunakan platform yang lebih moden, manakala model-model Geely akan menggunakan platform berkos lebih rendah.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 05

Contohnya, platform SPA yang sekarang menyokong kereta Volvo siri 60 dan 90 masih lagi eksklusif untuk Volvo. Hanya platform CMA yang lebih taraf rendahnya dan digunakan oleh XC 40 dikongsi dengan Geely dan Lynk & Co.

Walaubagaimanapun, resam trend mana-mana teknologi sekalipun, platform SPA akhirnya akan turun ke model-model Geely/Lynk & Co akan datang. Tapi, pada masa itu nanti, kereta-kereta Volvo pasti sudah menggunakan platform SPA 2 generasi kedua.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 06

Untuk seluruh dunia, kecuali Malaysia

Namun, semua perkara ini tidak begitu relevan untuk kita di Malaysia. Jika anda berharap untuk dapat Volvo berlencanakan Proton, maaf, kita takkan dapat.

Sebab ringkasnya adalah perkongsian yang dijelaskan di sini amat berfokuskan elektrifikasi trenkuasa dan kereta tanpa-pemandu. Kedua-dua topik ini terlalu moden dan jauh kedepan bagi kerajaan dan penggubal polisi kita yang berfikiran kebelakang.

Baca juga: While Malaysia dithers, Thailand and Indonesia have overtaken Malaysia in EV race

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 07

Sedan elektrik Geely – Geometry A

Oleh itu, kebanyakan produk-produk akan datang hasil daripada kerjasama lebih rapat antara Volvo Car dan Geely Auto akan mengecualikan Malaysia.

Paling hampir sekalipun, kita mungkin boleh katakan yang ia diberi transmisi dan enjin asas yang sama (tolak spesifikasi elektrik) dengan Volvo – sama seperti Proton X50 TGDI dan Volvo XC40 Recharge T5 hibrid ‘plug-in’.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 08

Volvo Car Group akan perlahan-lahan menghentikan pengeluaran kereta dengan enjin pembakaran biasa. Semua model Volvo yang dilancarkan dari 2019 dan seterusnya mesti dalam bentuk samada hibrid atau elektrik. Syarikat tersebut menyasarkan sumbangan jualan kereta elektrik sebanyak 50 peratus menjelang 2025, dimana yang selebihnya dari jualan kenderaan hibrid.

Perkara yang sama akan berlaku dengan Geely Auto. Di China, kenderaan elektrik adalah amat penting untuk dimasukkan dalam portfolio pengeluar. Asbabnya bukanlah kerana faktor alam sekitar – ia hanyalah logik perniagaan biasa.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 09

Di China, kenderaan hibrid ‘plug-in’ dan elektrik diberi nombor plat hijau, dan dikecualikan daripada quota pendaftaran bulanan

Di bandar-bandar besar China, jualan bagi kereta dengan enjin pembakaran dihadkan dengan quota bulanan, dimana kereta elektrik dan hibrid ‘plug-in’ pula dikecualikan dari kuota ini. Syarikat yang tiada kenderaan elektrik di dalam barisan model keluaran mereka akan rugi dan susah untuk berjaya. Inilah cara penggubal polisi di China mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik di negara itu.

Inilah sebabnya mengapa Geely membangunkan platform Sustainable Experience Architecture (SEA) bersumber terbuka bagi kenderaan elektrik. Disamping itu, Volvo bergerak ke arah pembangunan SPA 2 (Scalable Product Architecture generasi kedua). Kedua-duanya dibangunkan khas untuk pematuhan syarat kereta elektrik dan kereta tanpa pemandu.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 10

Di Malaysia pula, tiada rancangan untuk Proton hibrid, apatah lagi kenderaan elektrik. Secara ringkasnya, tiada permintaan/kemahuan bagi Proton untuk jalankan perkara yang sama di sini. Oleh itu, kereta dengan platform SPA2 dan SEA tidak akan melarat ke kereta-kereta Proton.

Sebabnya ialah kombinasi antara ketiadaan insentif cukai untuk memulakan penggunaan massa bagi kenderaan hibrid dan elektrik, ditambah lagi dengan persepsi negatif dari konsumer tempatan terhadap kereta sebegini.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 11

Bas EV di China

Sifat semulajadi kenderaan elektrik ialah kosnya pasti lebih tinggi berbanding kereta biasa. Tambahan pula, hampir semua pasaran utama bagi kenderaan elektrik memerlukan sebentuk insentif dari kerajaan bagi memacu permintaan.

Menyediakan fasiliti cas kereta awam memang sukar untuk dilaksanakan, terutama sekali di bandar-bandar yang kebanyakan penduduknya tinggal di kondominium/apartment. Pendekatan serampang dua mata termasuk pemasaran hibrid sebagai langkah perapatan jurang adalah antara cara terbaik untuk maju ke hadapan.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 12

Mercedes-Benz Malaysia sejak itu telah menggugurkan semua model PHEV dari barisan kereta mereka

Jika negara kita tidak mahu maju ke hadapan dengan menerima kenderaan hibrid dan elektrik, Proton akan selama-lamanya kekal di tampuk lama dengan pilihan trenkuasa berspesifikasi rendah.

Seperti kebanyakan syarikat, Volvo dan Geely sudah tidak melabur untuk pembangunan enjin pembakaran yang baru, seperti yang tradisional dan bukan elektrik.

Setiap enjin pembakaran yang dibangunkan sekarang direka untuk berfungsi dengan satu bentuk elektrifikasi. Tanpanya, konsumer hanya diberi separuh daripada keseluruhan enjin yang lengkap seperti yang sepatutnya.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 13

Sebab mengapa Geely mengeluarkan satu silinder untuk menghasilkan enjin 3 silinder adalah supaya ia ada ruang yang mencukupi bagi memuatkan perkakasan hibrid. Tanpanya, anda terpaksalah akur dengan kekurangan enjin 3 silinder tanpa sebarang kelebihannya.

Baca juga: Bos enjin CEVT Geely-Volvo jelaskan kenapa enjin 3 silinder Proton X50 lebih bagus daripada 4 silinder

Enjin yang dipadatkan di dalam Volvo XC 40 Recharge T5 menunjukkan bagaimana enjin 1.5TD sepatutnya beroperasi dari awal lagi.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 14

Volvo XC40 Recharge T5 ialah versi lengkap bagi enjin Proton X50 yang sepatutnya. PHEV (plug-in electric vehicle) adalah sebab pengguguran satu silinder itu.

Malaysia perlu mula mengadopsi kenderaan elektrik dan hibrid dalam skala yang besar. Jiran-jiran kita di Thailand, Indonesia, dan Filipina sudahpun menceburi segmen ini secara serius.

Pelopor teknologi hibrid dan pendahulu pasaran iaitu Toyota, contohnya, menjual 6 model hibrid di seluruh rantau ini, namun bukan Malaysia yang dahulunya kali terakhir menjual Toyota Camry Hybrid CKD pada 2018.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 15

Jiran kita di Thailand, Indonesia, dan Filipina semuanya sudah maju dan pasaran mereka menjual sekurang-kurangnya 4 model hibrid Toyota di sana.

Thailand dan Indonesia menjual Corolla Altis Hybrid, Corolla Cross Hybrid, C-HR Hybrid, dan Camry Hybrid. Filipina pula menjual Corolla Cross Hybrid, Corolla Altis Hybrid, Prius, dan Prius c.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 16

Demo oleh Toyota Motor Indonesia. Ya, ujian sebegini ada, konsumer takut terenjat

Di Singapura, ramai pemandu Grab yang memilih kereta hibrid, terutama sekali Toyota Prius kerana jaraktempuhnya yang tinggi. Bagi memenuhi permintaan pemandu Grab, pengedar tempatan Toyota di sana, Borneo Motors, menawarkan pakej servis ekspres istimewa bagi pemandu Grab – hanya 30 minit dari kaunter resepsi sehinggalah penghantara kereta. Inilah perkhidmatan pantas yang hanya Toyota boleh laksanakan.

Semua negara-negara ini mempunyai iklim khatulistiwa yang sama dengan kita di Malaysia.

Namun, di Malaysia pula, kita masih mencanang kisah seperti nilai jualan semula kereta hibrid yang rendah, ataupun samada baterinya mahal untuk diganti (ia sepatutnya ditebus dengan penjimatan minyak yang dinikmati).

Di Thailand, pengendali armada teksi eksekutif berjaraktempuh tinggi sudahpun bertukar kepada kereta hibrid, secara spesifiknya Prius dan Camry Hybrid.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 17

Teksi Prius Thai sudah ada jarak tempuh cukup tinggi untuk jalankan kajian kebolehtahanan

Di Indonesia, syarikat teksi Blue Bird juga menawarkan Tesla Model X sebagai sebahagian daripada armada teksi eksekutif mereka, manakala Grab pula menggunakan Hyundai Ioniq Electric sebagai teksi lapangan terbang.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 18

Teksi Grab Hyundai Ioniq Electric di Lapangan Antarabangsa Jakarta

Inilah kekurangan bagi subsidi petrol, ia menghapuskan insentif untuk beralih ke teknologi hijau. Oleh sebab itu, konsumer di sini tidak dapat maju ke hadapan seperti negara-negara lain kerana pemikiran yang lapuk. Tapi, eloknya ini dibincangkan dalam topik lain pula nanti.

Kesimpulan

Model-model akan datang yang dibangunkan bersama oleh Geely Auto dan Volvo Cars akan dibina di atas platform khas untuk kenderaan elektrik.

Barisan model kereta Volvo sudahpun 100 peratus dielektrifikasikan, termasuk yang di Malaysia. Oleh itu, Volvo Car Group tiada apa-apa untuk dikongsi dengan Geely, ataupun Proton yang tiada elektrifikasi.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 19

Enjin pembakaran biasa kini hanyalah enjin sampingan ataupun alternatif sampingan bagu negara-negara yang masih terlalu berfikiran kebelakang untuk menerima kenderaan elektrik dan hibrid.

Jika Malaysia tidak berusaha lebih lagi bagi memperkasakan kenderaan elektrik dan hibrid di sini, jurang antara model Proton akan datang dengan model-model global milik Geely Auto Group/Volvo Car Group hanya akan jadi lebih besar.

Kita tidak mahu berada di dalam situasi dimana kita memberi pengecualian cukai untuk syarikat kereta quasi-nasional semata-mata untuk memberi konsumer tempatan enjin yang hanya separa daripada yang sepatutnya (dengan hibrid ‘plug-in’). Tapi, kita tak boleh salahkan Geely dan Proton kerana mereka hanyalah memenuhi permintaan konsumer.

Model Geely dan Volvo bakal jadi sama, tetapi Proton akan dianaktirikan? 20

Jika kita masih lagi ketinggalan di belakang negara-negara jiran kita dalam penerimaan serta pemerkasaan kenderaan elektrik dan hibrid, impian rakyat Malaysia untuk memiliki Volvo bajet tidak akan terealisasi. Sebaliknya, kita hanya akan membayar harga kereta dengan trenkuasa yang tidak lagi boleh digunakan di negara-negara lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Volvo XC40 Recharge T5 R-Design

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda