window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV

Faisal Β· Sep 29, 2022 02:00 PM

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 01

Kredit foto: AutoFun ID.

Toyota Motor Corporation (TMC) nampaknya akan membuka kilang kenderaan hibrid di Indonesia bagi mengukuhkan bekalan dalam pasaran itu. Malah, seorang wakil eksekutif dari firma itu turut memberitahu bahawa Toyota di Indonesia belum terkejar untuk ke arah elektrik sepenuhnya.

Juga bacaGIIAS 2022: Toyota bZ4X EV didebut di Indonesia, Lexus RX 2023 gen baru di Asia - Malaysia bila lagi?

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 02

Toyota Camry Hybrid. Antara model hibrid Toyota yang ada di pasaran Indonesia tetapi sebagai model CBU.

Awal bulan ini, Presiden Jokowi telahpun menandatangan satu perjanjian yang mana pihak kerajaan bakal menggunakan kenderaan EV bagi mengubah ke arah pengangkutan bebas bahan api.

Juga bacaIndonesia sasar jual kenderaan EV sahaja menjelang tahun 2050

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 01

Toyota Astra Motor mempamerkan Lexus LF 30 Electrified di Indonesia International Motor Show 2021.

Apapun, menurut pengarah pemasaran dan perniagaan Toyota Astra Motor, Lina Agustina, transisi terus ke arah elektrik sepenuhnya mungkin bukan sesuatu yang dianggap mampu milik buat orang awam. Lagipun, kebanyakan jana kuasa di Indonesia masih menggunakan arang.

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 02

Toyota Corolla Altis di Indonesia juga ada varian Hybrid.

Sebaliknya, Toyota di Indonesia akan menekankan teknologi hibrid dahulu sebelum ke arah elektrik sepenuhnya. Kata Lina, β€œToyota tidak lama lagi akan memulakan produksi lokal buat model-model hibrid”. Untuk makluman anda, kereta hibrid Toyota di Indonesia selama ini diimport terus dari negara luar.

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 03

Toyota Corolla Cross Hybrid pun Indonesia ada tapi sebagai model CBU.

Dari segi penerimaan, model hibrid Toyota di sana baru merekodkan jualan setakat 7,000 unit. Mungkin sebab inilah pemasangan CKD ditekankan dalam pelan Toyota Astra Motor dan Lina yakin bahawa impaknya akan positif.

Model hibrid Toyota di Indonesia bakal dipasang CKD, pasaran sana belum terkejar untuk ke EV 04

Toyota C-HR Hybrid di pasaran sana.

Apapun, Lina tidak memberitahu nama model hibrid yang bakal dipasang di kilang Indonesia tetapi buat masa sekarang, ada C-HR Hybrid, Corolla Cross Hybrid, Corolla Altis Hybrid dan juga Camry Hybrid. Dalam hal ini, pasti ada yang mengaitkan pemasangan hibrid CKD Toyota mereka dengan yang ada di Malaysia. Walaupun masih terlalu awal untuk membuat spekulasi, tidak mustahil kalau kit pemasangan model yang terlibat akan tiba juga di kilang Toyota kita. Jadi, sama-samalah kita tunggu.

Juga bacaMaju jauh ke depan, Toyota Indonesia sertai usaha elektrifikasi dengan pelancaran xEV Centre

Sumber: Jakarta Globe

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Toyota C-HR 1.8

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda