window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana?

Mersita · Feb 13, 2021 06:00 PM

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 01

Proton pernah menyatakan komitmen mereka untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu model setiap tahun. Jika dilihat dari sejarahnya, mereka bukan saja melancarkan model dengan naiktaraf kecil/facelift secara tahunan, tapi yang dilancarkan adalah model-model serba baru terus. Oleh itu, kali ini kami ingin kupas tentang model-model yang punyai peluang untuk dilancarkan tahun 2021 ini.

Proton S50, V70, mahupun X90 memanglah belum wujud lagi. Namun, netizen sudah rancak berbual tentang nama-nama model yang sudah ditanda-dagang ini sambil menunggu kedatangannya.

Sebelum kita mulakan, jom kita imbas semula beberapa perkara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 01

Zhejiang Geely Holding Group mengesahkan pegangan 49.9 peratusnya di Proton pada Jun 2017. Dalam masa kurang setahun selepas itu, mereka melancarkan Proton X70 pada Disember 2018 yang mana pada masa itu masih lagi diimpot dari China.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 02

Lebih kurang setahun selepas itu pula, Proton X70 yang dipasang tempatan (CKD) – kini dengan kotak gear dwi-klac 7 kelajuan yang baru – dilancarkan pada Febuari 2020. Pada tahun yang sama, Proton X50 pula dilancarkan pada Oktober 2020.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 03

Walaupun dengan cabaran yang dihadapi ketika PKP dan pandemik COVID-19, rancangan asal Proton adalah untuk melancarkan sekurang-kurangnya satu model serba baharu setiap tahun.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 04

Bagi tahun 2021, pelancaran model facelift bagi Proton Persona dan Proton Iriz pula sudah jadi satu rahsia terbuka.

Pada mulanya, Iriz dan Persona baharu ini dijangka akan diberi naiktaraf yang sama dengan Saga – iaitu menggugurkan CVT Punch yang berprestasi teruk itu dengan kotak gear automatik 4 kelajuan biasa bersumberkan Hyundai – namun, laporan terkini dari Funtasticko mengatakan yang transmisi jenis CVT ini akan dikekalkan tapi dengan perisian yang dipertingkatkan.

Lampu hadapan LED juga dikatakan akan didatangkan dalam varian-varian berspesifikasi tinggi.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 05

Selain daripada itu, Proton juga telah memaklumkan komuniti pelaburan perbankan yang mereka akan memperkenalkan sebuah model berasaskan Geely yang baharu pada tahun 2021.

Berbekalkan maklumat ini, model Geely yang manakah akan punyai peluang paling cerah untuk di-Proton-kan di Malaysia? Di sini, kami akan huraikan kemungkinan antara empat calon model Geely-Proton baharu.

Proton S50 / Geely Binrui

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 06

Proton mempunyai sekurang-kurangnya 3 model baharu lagi yang tinggal untuk dilancarkan antara tahun ini sehingga tahun 2023. Jika siluet berbeza jadi taruhan, besar kemungkinan akan ada dua buah sedan dan satu kenderaan jenis SUV/MPV yang akan tiba. Mungkin ya, mungkin juga tidak.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 07

Dalam hemat kami, buat masa ini Proton belum ada membangunkan model sedan berasakan Geely, dan kami boleh singkirkan kemungkinan bagi Geely Binrui – yang sering digelar oleh netizen sebagai Proton S50 – bagi mengisi ruang kekosongan yang ditinggalkan oleh Proton Preve.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 08

Geely Binrui adalah sebuah kereta yang agak bagus, tapi bukanlah tahap bagus Honda Civic mahupun Toyota Corolla Altis. Walau di pasaran asalnya di China, Binrui berada pada posisi yang agak lemah dengan jumlah jualan yang sangat rendah jika dibandingkan dengan Civic ataupun Corolla Altis.

Baca juga: Proton S50 ada peluang tak di Malaysia? Civic terlalu hebat, Binrui pula lemah

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 09

Di China, Binrui dijual dengan enjin 1.4 liter berpengecas turbo dengan 4 silinder yang menjana 141 PS dan 235 Nm, dipadankan secara eksklusif kepada transmisi auto jenis CVT.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 10

Ia dibina di atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang dibangunkan atas usahasama Geely-Volvo Car, dan ini bermaksud yang ia ada kaitan dengan Proton X50.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 11

Jika dilihat pada kadar migrasi pemilik sedan kepada SUV, kita patut faham yang sedan segmen C bukanlah satu keutamaan bagi Proton.

Dimensi Geely Binrui Honda Civic
Panjang (mm) 4,680 4,648
Lebar (mm) 1,785 1,799
Tinggi (mm) 1,460 1,416
Jarak Roda (mm) 2,670 2,700
Berat (kg) 1,360 1,327

Pasaran kereta segmen C semakin menipis memandangkan sebahagian besar daripada jumlah jualan kereta baharu di Malaysia disumbang oleh sedan segmen B. Apa yang anda boleh dapat pada sedan segmen C, anda juga boleh dapatkan pada sedan segmen B dengan harga yang jauh lebih rendah. SUV juga merangkumi sebahagian besar daripada jumlah jualan ini.

Kemungkinan untuk dilancarkan: Rendah

Proton V70 / Geely Jiaji

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 12

Geely Jiaji 7 tempat duduk tampak seperti calon yang bagus bagi menggantikan Proton Exora yang sudah berusia (sudah hampir 12 tahun berada di pasaran).

Proton sudahpun menanda-dagang nama V70 dan nama ini seringkali dipetik bagi merujuk kepada Proton Exora generasi seterusnya.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 13

Malangnya, perkara ini tidak akan terjadi. Geely Jiaji ialah model yang jauh lebih mahal harganya berbanding Proton Exora.

Walau di China, Jiaji dijual pada harga antara CNY 94,800 hingga CNY 139,800; lebih mahal daripada Geely Boyue (Proton X70 kita) yang dijual pada harga bermula dari CNY 88,000 hingga CNY 116,800.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 14

Sedangkan Proton X70 Malaysia dijual pada harga antara RM 94,800 hingga RM 122,800, manakala si veteran Proton Exora dijual pada harga bermula dari RM 59,800 hingga RM 66,800.

Walau dengan pelarasan semula senarai kelengkapan kereta yang ditawarkan, agak sukar bagi Proton/Geely untuk menurunkan harga Jiaji sehingga 50 peratus.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 15

Sebagai model ganti Proton Exora, Geely Jiaji/Proton V70 pastinya bukan calon yang sesuai. Namun, jika ia diposisikan sebagai saingan kepada Toyota Innova (jualannya juga suam-suam kuku saja), ia mungkin ada peluang tapi masih agak kecil potensinya.

Di China, Jiaji dijual dengan enjin samada jenis 1.5 liter 3 silinder ataupun 1.8 liter berpengecas turbo 4 silinder.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 16

Enjin 1.5 liter itu menjana 177 PS/255 Nm (dikongsi dengan Proton X50) dan boleh dipadankan dengan hibrid sederhana 48V yang boleh meningkatkan ‘output’ keseluruhan sistem kepada 190 PS dan 300 Nm.

Enjin 1.8 liter berpengecas turbo yang lebih besar tapi berusia (dikongsi dengan Proton X70) itu pula mampu menjana kuasa 183 PS dan 300 Nm.

Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 17

Perjanjian awal bagi bekalan alatganti dan impot model CBU yang ditandatangani antara Geely dan Proton ada menyatakan VF11, iaitu kod model bagi Jiaji, tapi perjanjian tersebut telah tamat pada 31 Disember 2020.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 18

Baca juga: Rebiu: Geely Jiaji, MPV premium yang (mungkin) digemari rakyat Malaysia

Dimensi Geely Jiaji Proton Exora
Panjang (mm) 4,706 4,610
Lebar (mm) 1,909 1,809
Tinggi (mm) 1,690 1,691
Jarak Roda (mm) 2,805 2,730
Berat (kg) 1,610 1,465

Kemungkinan untuk dilancarkan: Sederhana

Proton Perdana / Geely Preface

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 19

Geely Preface, yang dijual di China sebagai Xingrui, adalah antara kereta yang paling menawan dikeluarkan oleh Geely masa kini. Ia bukanlah sedan segmen D semata-mata jika diikutkan definisi tradisional; ia dikira berada di antara kereta segmen D dan C.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 20

Tapi, ‘road presence’ dan rupa bentuknya yang tampak korporat menggambarkan jenis sedan ini dengan cukup jelas sebagai kenderaan eksekutif.

Berlainan dengan Geely Binrui, Preface dibina di atas platform CMA (Compact Modular Architecture) yang lebih moden. Berbeza dengan platform BMA yang dibangunkan bersama oleh Geely-Volvo, platform CMA sememangnya platform Volvo Car yang asli.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 21

Harga jualan Geely Preface di China bermula dari CNY 113,700 hingga CNY 149,700. Sebagai rujukan, Geely Boyue (Proton X70) yang paling mahal berharga CNY 116,800 (Boyue Pro dikecualikan).

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 22

Preface dikuasakan oleh enjin 2.0 liter berpengecas turbo 4 silinder yang menjana 190 PS/300 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik dwi-klac 7 kelajuan.

Dimensi Geely Preface Honda Accord
Panjang (mm) 4,785 4,901
Lebar (mm) 1,869 1,862
Tinggi (mm) 1,469 1,450
Jarak Roda (mm) 2,800 2,830
Berat (kg) 1,542 1,494

Walaupun pasaran segmen D semakin mengecil, dan beberapa pembuat kereta segmen ini yang masih aktif tapi mengurangkan juga jumlah varian yang mereka tawarkan, Proton yang masih menikmati kelebihan sebagai syarikat kereta nasional diwajibkan untuk menyediakan model ganti bagi Proton Perdana untuk kegunaan penjawat kerajaan.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 23

Ia bukanlah satu keutamaan penting bagi Proton, namun kita boleh jangkakan yang Proton Perdana akan ada tukar gantinya tak lama lagi. Kalau bukan tahun 2021 pun, mungkin dalam masa beberapa tahun lagi.

Kemungkinan untuk dilancarkan: Rendah untuk tahun 2021

Proton X90 / Geely Haoyue

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 24

Geely Haoyue pula ialah SUV 7 tempat duduk yang buat masa sekarang dijual di Filipina sebagai Geely Okavango. Ia bersaing dengan Hyundai Santa Fe, Mazda CX-8, Mitsubishi Outlander, VW Tiguan Allspace, dan pada tahap yang tertentu dengan Toyota Fortuner berasaskan Hilux.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 25

Seperti yang anda boleh jangkakan, Haoyue bukan murah harganya. Di China, Haoyue dijual dengan harga bermula dari CNY 103,600 hingga CNY 139,600 – lebih kurang 20 peratus lebih mahal berbanding Boyue.

Jika kita gunakan kuantum kenaikan yang sama dengan Proton X70, kita boleh jangkakan yang kereta ini (sering digelar sebagai Proton X90) akan dijual pada harga sekitar RM 150,000.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 26

Secara amnya, Haoyue sebenarnya kereta yang sudah agak berusia tapi diberi rupa bentuk badan yang baharu. Ia bukannya dibina di atas mana-mana platform BMA ataupun CMA yang digunakan oleh model-model Geely baharu. Ia menggunakan platform CV yang agak lama – secara amnya platform Geely Jiaji yang dipanjangkan.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 27

Di China, ia dikuasakan dengan enjin 1.8 liter berpengecas turbo 4 silinder yang sama dengan Proton X70, tapi ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu jenis automatik ‘torque converter’ 6 kelajuan dan dwi-klac 7 kelajuan.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 28

Walaupun harganya lebih mahal, Geely berjaya menjual lebih banyak Haoyue berbanding Jiaji – satu bukti yang menunjukkan penurunan populariti segmen MPV.

Memandangkan ia sudah ada sejarah kecemerlangan yang mengagumkan dan sudahpun dijual di Filipina, kami rasakan yang Haoyue mempunyai kemungkinan lebih cerah untuk tiba di sini sebagai model Proton baharu berbanding Jiaji.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 29

Walaupun ia lebih mahal, Haoyue lebih laku berbanding Jiaji

Dengan mengambil kira situasi pandemik COVID-19 yang semakin meruncing, mungkin kita boleh jangkakan yang Proton akan mengambil masa yang lebih lama dalam usaha mereka untuk melancarkan satu model serba baharu setiap tahun.

Model Proton berasaskan Geely yang mana akan dilancarkan pada 2021 - Proton S50, V70, X90, atau Perdana? 30

Tapi, bagi menjawab persoalan tentang model berasaskan Geely yang mana satu akan dilancarkan oleh Proton di Malaysia, pilihan kami ialah Geely Haoyue. Secara logiknya, ia patut diberi nama Proton X90.

Sumber kami yang arif dengan perancangan produk Proton memaklumkan yang sebuah unit Haoyue sudahpun tiba di Malaysia bagi penilaian tempatan.

Dimensi Geely Haoyue Mazda CX-8
Panjang (mm) 4,835 4,900
Lebar (mm) 1,900 1,840
Tinggi (mm) 1,780 1,730
Jarak Roda (mm) 2,815 2,930
Berat (kg) 1,660 1,781

Kemungkinan untuk dilancarkan: Tinggi

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Proton V70 Upcoming version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda