Modenas Elegan 250 ABS facelift 2020 serba baru dilancarkan dengan harga RM 15,315!
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) baru sahaja melancarkan Modenas Elegan 250 ABS facelift 2020 serba baru melalui pelancaran secara dalam talian di laman Facebook rasmi Modenas.
Enjin masih dikekalkan dengan enjin bersesaran 249cc silinder tunggal sejukan cecair, 4-lejang, SOHC 2 Injap dengan EFi. Modenas Elegen 250 ABS 2020 ini mampu mencatatkan kuasa sebanyak 22.1 PS kuasa kuda dengan 22.4 Nm tork. Enjin tersebut memacu roda belakang dengan transmisi CVT.
Seperti namanya, Modenas Elegan 250 ABS 2020 ini ditambah baik dengan brek dual channel ABS. Ia juga menerima rekaan muka hadapan baru, lampu depan LED, lampu DRL LED, panel instrumen 2 dial dengan skrin LCD informasi yang mempunyai lampu amaran trip meter, odometer, jam, bateri dan peringatan menukar minyak hitam.
Tangki 12.5 liter pada Modenas Elegan 250 ABS 2020 ini memastikan penunggangan yang santai ditambah juga dengan pengecas USB pada poket depan untuk mengecas telefon anda. Pelana dengan pengadang jenis gas mampu memuatkan sehingga 2 biji helmet mahupun 2 kampit beras.
2 warna baharu turut diperkenalkan iaitu Satin Matte Red dan Satin Matte Black. Warna hitam dan putih yang lama tidak lagi ditawarkan. Modenas Elegan 250 ABS 2020 ini boleh didapati di kesemua pengedar Modenas yang berhampiran anda. Harga Modenas Elegan 250 ABS 2020 ini adalah RM 15,315 atas jalan tanpa insurans dengan waranti 2 tahun atau 20,000 km.


Haris Penulis
Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.