window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k!

Khairil ยท Jul 28, 2022 02:30 PM

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 01

Mengikuti laporan kami bulan lalu, Modenas secara rasmi melancarkan tiga model hasil kerjasama dengan rakan kongsinya, Kawasaki iaitu Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250 dan Z250 ABS (2022), hari ini.

Seperti diumumkan sebelum ini, ketiga-tiga model dengan dua daripadanya berada dalam segmen 'Sportbike' dan satu 'Naked' ini dipasang di fasiliti serba canggih di kilang pemasangan Modenas Gurun Kedah.

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 02

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan (kiri) bersama Pengarah Urusan DRB-Hicom Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar (tengah) ketika majlis pelancaran.

Kerjasama strategik antara Modenas dan Kawasaki berlaku susulan peningkatan saham Kawasaki Motors. Ltd (KMC) di dalam Modenas di mana kesemua model motosikal Kawasaki bersesaran 650 cc ke bawah akan dijenamakan semula kepada Modenas.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apa yang menarik dan hasilnya, kesemua model yang bakal dipasarkan dan dijenamakan semula itu akan tampil dengan harga jualan yang cukup kompetitif di pasaran.

Juga baca: Kawasaki Malaysia dah sedia, 8 model CKD, CBU bakal terjah pasaran tahun ini!

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 01

Mengulas trenkuasa, ketiga-tiga model yang dilancarkan hari ini berkongsi spesifikasi iaitu enjin bersesaran 249 cc, 2 Silinder, 4 Lejang, 8 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi enam kelajuan lengkap dengan klac Assist & Slipper.

Kuasa yang dihamburkan juga serupa iaitu 37 Hp pada 12,500 rpm dengan tork puncak 23 Nm pada 10,000 rpm. 

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 02

Spesifikasi lain yang turut dikongsikan ialah sistem suspensi iaitu fork teleskopik konvensional 41 mm (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri pelarasan (preload).

Set roda juga sama iaitu 110/70-17 (depan) dan 140/70-17 (belakang) dengan kapasiti tangki bahan api 14 liter. Untuk memberikan tunggangan yang selesa, ketiga-tiga model turut memiliki teknologi Ergo-Fit dengan ketinggian pelana sama iaitu pada paras 795 mm.

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 03

Seperti namanya, sistem brek Modenas Ninja 250 ABS dan Z250 ABS lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan saiz cakera 310 mm (depan) dan 220 mm (belakang) manakala Modenas Ninja 250 tidak dipadankan dengan teknologi berkenaan.

Berikut merupakan senarai warna, spesifikasi serta harga jualan yang disyorkan:

Modenas Ninja 250 ABS
Harga: RM 20,500
Pilihan warna: Metallic Matte Graphite Grey
Berat: 167 kg

Modenas Ninja 250
Harga: RM 18,900
Pilihan warna: Metallic Carbon Grey, Metallic Matte Graphite 
Berat: 165 kg

Modenas Z250 ABS
Harga: RM 19,500
Pilihan warna: Metallic Spark Black
Berat: 165 kg

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 04

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan ketika majlis perasmian berkata pihaknya akan memastikan semua pelanggan jenama itu akan mendapat produk berkualiti dan berteknologi tinggi selain berpatutan.

Juga baca: Cipta teruja, Modenas bakal bangunkan 'Super moped', guna 'sentuhan' Kawasaki!

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 05

“Pesanan saya kepada semua pemilik motosikal Kawasaki lama dan baharu, di bawah pengurusan Modenas, anda boleh mengharapkan tahap perkhidmatan pelanggan yang serupa atau lebih lagi. 

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 06

"Modenas sentiasa memerhati, mempelajari dan menyesuaikan operasi perniagaan sepertimana rakan kongsi teknikal dan pemegang saham kami, KMC. Bersama-sama Kawasaki, kami bersedia untuk pengembangan perniagaan yang lebih besar, membawakan anda produk dan tawaran untuk meningkatkan gaya hidup anda melalui pengalaman yang sihat."

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 07

Sebagai makluman juga, Emos yang juga anak syarikat Modenas bertindak sebagai pengedar kepada semua model Kawasaki termasuk model yang dijenamakan semula sebagai Modenas.

Modenas Ninja 250 ABS, Ninja 250, Z250 ABS (2022) lancar di Malaysia, harga bermula RM 18.9k! 08

 

Kepada yang berminat, jaminan pengeluar adalah 20,000 km perbatuan atau dua tahun dan ketiga-tiga model ini akan mula berada di semua wakil pengedar sah Kawasaki bermula 1 Ogos ini.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda