window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu!

Khairil · Mar 25, 2021 09:00 AM

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 01

Sejak diperkenalkan Modenas ke pasaran Malaysia pada Mei 2017, motosikal yang berada dalam segmen 'street bike', Modenas Pulsar RS200 mendapat sambutan yang cukup baik.

Selain daripada sebuah motosikal 'full fairing' dengan reka bentuk Sporty, ia juga datang dengan tanda harga yang amat berbaloi dan mampu milik serta turut berkuasa dengan menggunakan enjin bersesaran 200 cc.

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 02

Pewter Grey

Dan terbaharu bagi tahun 2021, syarikat pengeluar motosikal tempatan itu tampil memperkenalkan pilihan warna dan grafik baharu bagi model berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiga warna baru yang diperkenalkan adalah “Pearl Metallic White”, “Pewter Grey” kilat dan “Burnt Red” matte yang dijangka mampu menarik perhatian.

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 01

Burnt Red

Sebagai tambahan dari sudut penampilan, Modenas Pulsar RS200 2021 juga menggunakan rim aloi berwarna putih, kemasan karbon di hadapan dan fender belakang serta logo Pulsar di bahagian tempat duduk.

Skema warna dan grafik baru ini akan menjadi tarikan Modenas Pulsar RS200 2021 bagi mereka yang ingin beralih angin dari kapcai ke motosikal 'street bike'.

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 02

Pearl Metallic White

Tiada perubahan dari sudut spesifikasi enjin dengan Modenas Pulsar RS200 2021 dikuasakan oleh enjin 199 cc DTS-i, 4 Lejang, SOHC, 4 Injap, Sejukan Cecair yang menghasilkan 24.5 PS dan 18.6 Nm tork.

Bagi meningkatkan ciri-ciri keselamatan, model ini menggunakan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) tunggal yang dipadankan dengan brek cakera bersaiz 300 mm di depan dan 230 mm di belakang serta tangki bahan bakar 13 liter.

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 03

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan penyerap teleskopik di bahagian hadapan yang dilengkapi dengan anti geseran dan penyerap hentak Nitrox di bahagian belakang. Kesemua ini didakwa Modenas memberikan pengalaman menunggang yang menyeronokkan dan menarik.

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 04

Lebih menarik, tiada perubahan dari sudut harga berbanding dengan varian sebelumnya. Harga jualan yang disyorkan untuk Modenas Pulsar RS200 2021 ini adalah RM 9,990 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Modenas Pulsar RS200 2021 dikemaskini - spesifikasi sama, warna dan grafik baharu! 05

Kepada yang berminat, Modenas Pulsar RS200 2021 akan berada di semua wakil pengedar sah Modenas mulai 26 Mac 2021.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda