Modenas tawar program lanjutan jaminan, kerjasama dengan Allianz!
Khairil · Sep 2, 2022 03:00 PM
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) memperkenalkan program lanjutan jaminan (EW) terhadap rangkaian model terpilihnya yang dijual dan didaftarkan mulai 1 September 2022 dan seterusnya.
Program berkenaan adalah pilihan jaminan pihak ketiga hasil kerjasama Modenas dengan rakan kongsi insurans, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad sebagai penyedia program.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan (kiri duduk) dan Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Partners Malaysia, Elias Wahidi
Menerusi program EW, pemilik akan berpeluang menikmati tempoh jaminan selama 4 tahun atau sehingga jarak perjalanan 85,000 km (yang mana tiba dahulu) untuk model seperti berikut:
Secara standard, Modenas menawarkan tempoh jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (mana-mana tiba dulu) untuk setiap pembelian motosikal baharu jenama berkenaan.
Seperti jaminan standard, program EW turut menawarkan khidmat seperti penyediaan khidmat tunda dan turut meliputi kerosakan motosikal yang tidak dijangka bagi semua komponen mekanikal dan elektrikal.
Karisma 125S
Ciri-ciri penting yang ditawarkan di bawah program EW termasuk:
Khidmat 'Roadside Breakdown Assistance' (RBA) 24/jam, 365 hari yang menawarkan perkhidmatan tunda ke pusat servis sah Modenas terdekat (radius 100 km).
Pindah milik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
Penggunaan alat ganti Modenas tulen: lebih dari 30,000 alat ganti yang disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 2 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata pihaknya menyediakan program EW dalam usaha mengelakkan pelanggan terkesan dengan kos pembaikan yang tidak dijangka dengan kos baik pulih motosikal boleh menelan belanja sebanyak satu perlima daripada harga asal.
Kriss 110
"Selain itu, lanjutan jaminan ditawarkan oleh pengeluar boleh memastikan produk itu dilindungi walaupun telah bertukar kepada pemilik baharu," katanya.
Untuk pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Talian Bebas Tol Modenas di 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline di 019-570 8135 atau pusat servis Modenas yang mengambil bahagian.
Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.
Komen